Runkeeper Apps - CIK MIL MILA

Thursday, January 10, 2013

Runkeeper Apps

Anda pernah dengar Runkeeper apps? 

Saya sedang gila dengan apps ini. Sebenarnya dah lama download, tapi saya jarang gunakan. Tapi tiba tiba sekarang macam membuak buak pulak. 

Apa yang best sangat apps ni?

1. boleh track calorie burned 
2. boleh track kilometer untuk aktiviti seperti berjalan, berlari, berenang, berbasikal etc

Hari ni masuk hari kedua saya 'brisk walk' di taman permainan perumahan saya. Pagi pagi selepas menghantar anak ke kindy, saya akan drop by dan mulakan berjalan. Suasana yang segar ( walaupun  tak berapa nak sunyi) sebab taman permainan itu merupakan kawasan laluan utama. Saya hantar the troops jam 7:45 pagi dan sampai di taman permainan lebih kurang jam 8 pagi. 

Saya terpanggil untuk berjalan setiap hari sebab jeles ( huhuhu) dengan seorang chinese uncle, yang saya kira berusia 60 - 70 tahun. Setiap pagi saya nampak dia ber-tai chi, brisk walk dan melakukan aktiviti ringan. Kenapa dia yang tua boleh saya tidak?

Resolution saya yang entah keberapa (banyak sangat) ialah melakukan senaman secara konsisten. Walaupun belum mampu melakukan cara Jillian Michael (30 Day Shred) tapi saya akan pastikan saya buat sedikit sedikit tetapi konsisten.

Aktiviti hari pertama:-




Aktiviti hari kedua:-




Saya cuma boleh berjalan kurang dari 30 minit sebab saya perlu bersiap untuk ke pejabat. Kalau lambat nanti kene tolak cuti pulak..hahaa. tak berbaloi.

Saya berdoa supaya saya boleh istiqamah. Bukan mahu kurus seperti model, yang penting saya sihat dan boleh beribadat dengan sempurna. Amin.

No comments: