Kisah Penyusuan dan Berpantang dengan Vitamin Shaklee - CIK MIL MILA

Thursday, April 11, 2013

Kisah Penyusuan dan Berpantang dengan Vitamin Shaklee



Saya rasa kagum melihat ibu ibu muda sekarang yang gigih menyusukan anak mereka dengan susu mereka sendiri. Sememangnya susu ibu adalah yang terbaik di dunia. Bagi yang bekerjaya, mereka gigih membuat stok EBM sejak dalam pantang lagi.
 
Di lubuk hati, saya rasa sangat terkilan, sebab saya tidak mampu menyusukan anak-anak saya. Ketika itu saya jahil dan banyak alasan. Kurang mencari ilmu, cepat berputus asa dan malas. Berbanding sekarang, banyak kumpulan sokongan untuk ibu-ibu yang menyusukan. Pelbagai info yang berguna dikongsi dalam FB, blog dan pelbagai forum. Beruntung lah wahai ibu-ibu muda sekalian. Sesungguhnya saya memang cemburu. 

Saya percaya ada hikmah disebalik kegagalan itu. Saya bertekad untuk menyusukan sekiranya saya dikurniakan anak yang ketiga dan seterusnya. Minta kalian doakan saya ya! 

Walaupun saya cemburu itu tidak bermakna cemburu yang negatif. Saya tetap menyokong keluarga, sahabat handai atau pun sesiapa sahaja yang berniat dan sedang menyusukan anak mereka dengan susu ibu. Kebetulan, dalam perniagaan SHAKLEE, begitu ramai ibu-ibu yang mendapat manfaat daripada vitamin semulajadi SHAKLEE.

Saya percaya ramai yang menglibatkan diri dengan perniagaan SHAKLEE ini kerana keinginan mereka untuk menyusukan bayi mereka secara eksklusif. TAHNIAH saya ucapkan! Dan mereka berjaya. 

Adik saya, Aisyah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada bulan 12 yang lalu. Dia melahirkan secara c-sect, kerana anak yang dikandungnya songsang. Aisyah juga menghidap ‘diabetese’ ketika mengandung. Agak serius juga yer kerana dia terpaksa mendapatkan suntikan insulin setiap hari. Ketika dalam pantang, saya menghadiahkan dia set Berpantang/Pembedahan yang terdiri daripada vitamin B-Complex, Vita Lea, Zinc & ESP (Vitamin C tiada stok ketika ini)
Berkat istiqamahnya, Aisyah berjaya menyusukan anaknya secara eksklusif.



Adik ipar saya pula, mengambil vitamin SHAKLEE untuk menyusukan anaknya juga. Bermula dengan menggunakan sendiri. Berkongsi kejayaannya menyusukan secara eksklusif dengan kawan-kawan dan di FB, sekarang menjadi pengedar pula. Alhamdulillah. Mendapat manfaat susu yang banyak dan rezeki kewangan In shaa Allah.



Kepada bakal ibu dan ibu-ibu di luar sana, sekiranya anda mencari formula, tips dan supplement penyusuan bolehlah menghubungi saya. Untuk belajar berniaga pun di alu-alukan.


Anda boleh dapatkan harga yang istimewa dan konsultasi percuma dari saya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,  menyembuh  atau mencegah sebarang jenis penyakit





No comments: