Pelik kah bunyi nya?Hihi.
Suami saya suka masak. Lebih cekap masak dari saya. Ada
ketika kami berebut dapur. Saya pun suka juga masak. Tapi bila suami dah
menakluk dapur, agak-agak apa yang saya buat? Saya seronok la ye tak? Saya bersyukur
dikurniakan suami yang rajin membantu hal-hal domestik rumahtangga. Alhamdulillah.
Bekerja di syarikat swasta, waktu kerja saya berakhir jam 6
setiap hari. Kadang-kadang lebih lewat dari itu. Ketika waktu ‘closing’ saya
pernah pulang jam 10 malam. Itu biasa. Jadi, takkan la kami sekeluarga nak
makan dekat luar hari-hari kan? Jemunya rasa. Membazir pula.
Atas dasar itu lah, suami saya jadi rajin masak. Sebenarnya
dia sudah belajar masak sejak saya mengandung anak yang sulung lagi! ‘Practice
makes perfect’ . Sudah 6 tahun lebih kami berumahtangga. Jadi sudah 6 tahun dia
masak! Masakannya lebih hebat dari restaurant di luar sana. Tak percaya?
Minggu lepas saya mengidam nak makan ‘Prawn Black Pepper’.
Kelam kabut en suami cari udang di Pasar Borong Selangor. Ini hasilnya
Prawn Black Pepper |
Wa..bestnya..aku x pandai msk la..suami lg la, untung badan.
ReplyDelete