Ramai juga yang tanya resepi samosa versi saya. Jom saya kongsikan.
Bahan-bahan
Untuk Inti
3 biji kentang - potong dadu kecil-kecil 2cm (jenis russel untuk cepat empuk)
100gram daging ayam kisar (saya guna jenama Ramly)
200gram daging lembu kisar (yes, jenama Ramly)
satu biji bawang besar-dihiris separuh, separuh lagi diblender
4 ulas bawang putih-2 biji diketuk, 2 biji lagi di blender
satu sudu teh cili giling ( saya guna jenama Puteri)
sepeket rempah kari dicampur dengan sedikit air (saya guna jenama Babas)
2 sudu rempah kurma (saya guna jenama Adabi)
Sebatang daun sup yang dihiris halus
sedikit serbuk lada hitam
Minyak untuk menumis
Garam dan gula perang secukup rasa
Kulit popiah
Sedikit tepung yang dibancuh air sebagai gam.
Cara-caranya
Bawang besar, bawang putih dan cili giling diblender. Panaskan minyak. Tumis bahan yang dihiris hingga berubah warna kemudian masukkan bahan yang diblender sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan rempah kurma. Bila pecah minyak, masukkan daging ayam dan daging lembu kisar hingga berubah warna. Biarkan 5 minit.
Sesudah itu masukkan kentang. Biarkan sehingga empuk. Kentang jenis russel cuma mengambil lebih kurang 10 minit. Perasakan dengan garam, gula perang dan serbuk lada hitam. Setelah kentang empuk dan menjadi kering, taburkan daun sup yang dihiris halus. Angkat dan biarkan sejuk.
Ambil kulit popiah. Jika terlalu besar, potong ikut saiz yang anda inginkan. Saya potong tiga kerana kulit yang saya beli agak besar. Isi inti atas kulit popiah dan lipat tiga segi. Gamkan supaya melekat.
Selamat mencuba ye kawan-kawan. Masak dari hati, jangan lupa mulakan dengan bismillah, selawat atas nabi dan zikir. Mesti masakan jadi sedap. In shaa Allah!
Sunday, July 28, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments: