Saya Sudah Kurus? - CIK MIL MILA

Sunday, July 28, 2013

Saya Sudah Kurus?

Malu nak mengaku ni.

Hihi. Ramai juga yang menegur saya dah kurus sedikit. Sebulan sebelum puasa lagi mereka dah menegur. Kawan satu pejabat, adik beradik, cikgu sekolah anak saya dan kawan-kawan FB.

Kalau betul, Alhamdulillah. 

Bulan puasa memang saya kurang makan. Saya bersahur dengan segelas susu, mealshakes, esp, pd. 2 gelas air masak, dan kurma sebiji. Kalau ada makanan semalam, saya panaskan dan makan. Biasanya tiada, sebab kami banyak berbuka di masjid sahaja.

Saya juga berbuka ala kadar. Saya belum pernah ke bazaar ramadhan sejak mula bulan puasa. Suami ada juga la pergi.

Usai berbuka, saya exercise dan rehat minda dengan tarawikh. Subhanallah, badan jadi ringan dan cergas.Semoga Allah menerima amalan-amalan kita pada bulan yang barakah ini.


No comments: