Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Allah bagi saya keizinan untuk saya bangun awal pagi ni. Saya sedar sekitar jam 5 pagi. Menyiapkan diri untuk melapor diri kepada Allah.
Kemudian sepantas kilat menyiapkan keperluan suami dan anak-anak kerana saya perlu ke HKL sendirian. Suami ada kursus pagi ini. Huhu. Pertama kali ke HKL seorang diri. Tawakkal sajalah. Seperti biasa suami sudi menghantar puteri-puteriku ke sekolah.
Keluar rumah lebih kurang jam 6:40 pagi. Memecut menyusuri Lingkaran Putrajaya seterusnya masuk ke Maju Expressway kemudian ke Jalan Tun Razak dan opsss...dah sampai rupanya. Kemudian saya jalan perlahan kerana tidak tahu mahu parking di mana. Selama ini saya hanta merempit dengan encik suami atau suami drive dan dia tunggu saya di mana mana. Saya mohon Allah permudahkan. Tetiba saya tiba di bangunan baru Kompleks Pakar dan nampak pula sign 'P'. Oh...Alhamdulillah. Boleh la parking di sini.
Cabaran juga apabila parking tu di tingkat 4 dan jalannya sangat narrow err..sempit yang teramat. Menggunakan kemahiran yang dianugerakanNya akhirnya saya selamat tiba dan parking dengan tenang.
Kemudian turun ke lobi klinik pakar, berjalan ke luar bangunan untuk ke bangunan lama tempat di mana jabatan X ray berada.
Ingatkan saya yang paling awal. Rupanya sudah ramai menunggu. Nombor saya 4009. Saya yang kesembilan.
Perut sudah pun minta diisi. Saya diarah untuk tidak makan selama 6 jam sebelum prosedur dijalankan. Hanya minum air masak sahaja.
Ketika ini saya masih sedang menunggu.
Bersambung kemudian ya.
No comments: