Meronta-ronta ni nak tengok tv tapi perlu teman anak-anak siapkan homework jadi kena lah bertabah. I have to be strict and firm! Sambil menengok tu sempat lagi update blog.
Ada yang tanya saya ni masih dengan Shaklee ker. Saya cakap mestilah. Saya masih setia. Ber WAHM pun sebab nak buat fulltime. Tapi kenapa asyik up resepi jer. Masak adalah my passion!
Nurin ke sekolah berbekalkan RM2 setiap hari. Sekolah kebangsaan dia makan makanan yang kami bekalkan. Sekolah agama saya mahu bekalkan juga tapi dia tak mahu. Mahu makan di kantin juga. Semalam dia kata dia makan agar-agar harganya 50 sen. Terus dapat idea nak buat agar-agar coklat my version.
Ni nak up lagi resepi.Mudah sangat.
Agar-agar coklat.
Bahan-bahan
Agar-agar tali. Saya beli brand Giant 20gm
1000ml air
500g susu perisa coklat Dutch Lady. Resipi asal guna susu cair. Oleh kerana suami tak minum susu jadi saya perlu kreatif.
Setengah cawan serbuk koko Van Hauten
Secawan serbuk milo
Secawan gula pasir-ikut suka
Cara-cara
Masak air dan agar-agar tali sehingga seluruh agar-agar tali larut dalam air. Masukkan susu perisa coklat, serbuk koko, serbuk milo dan gula. Kacau perlahan-lahan atas api sederhana.
Setelah semuanya sebati masak hingga mendidih. Tuang dalam bekas. Saya tiada bekas fancy-fancy maka saya guna tipuware je. Bekas plastik taufufa. Hehe. Biarkan sejuk, dan simpan dalam peti ais.
Dijamin sedap. Selamat mencuba ya.
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Friday, February 7, 2014
Agar-Agar Coklat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments: