Lain orang lain caranya. Saya belajar buat nasi ayam ni dari seorang kawan. Wan Nur Hidayah namanya dan diubah suai ikut citarasa saya.
BAHAN UNTUK MASAK NASI
Beras (beras basmathi/beras biasa atau beras wangi pun boleh guna dalam 3 pot)
Daun Pandan
4 pot air rebusan ayam (gunakan pot beras yang sama)
CARA MASAK NASI
Basuh beras dan rendam 10-15 minit. Tapis dan masukkan ke dalam rice cooker. Ambil 4 pot air rebusan ayam dan masukkan dalam rice cooker tadi. Letakkan daun pandan, tutup dan masak seperti biasa.
UNTUK AIR REBUSAN AYAM
Seekor ayam. Boleh direbus seekor atau separuh atau di belah empat)
4 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
1 sudu teh lada putih*
sup bunjut
3 bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
Sedikit minyak untuk menumis
Kesemua * perlu dikisar halus
Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau ke dalam periuk. Masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Masukkan ayam dan air sehingga menyamai paras ayam. Biar hingga mendidih dan ayam cukup masak. Renehkan dengan api perlahan untuk mendapatkan pati ayam. Setelah ayam masak, perasakan air rebusan dengan garam hingga cukup rasa. Angkat ayam sahaja dan ketepikan di dalam bekas lain.
UNTUK SOS NASI AYAM
10 biji cili merah. Tak perlu buang biji jika mahu rasa yang pedas
2 biji cili padi warna merah. (Jika suka pedas)
3 ulas bawang putih
1 cm halia
Sedikit air perahan limau nipis. Boleh guna cuka jika suka
Gula dan garam
Sesenduk air rebusan ayam
Satu sudu minyak zaitun
CARA BUAT SOS
Masukkan semua bahan di atas ke dalam blender. Kisar sehingga benar-benar halus. Kemudian masukkan ke dalam pan atau periuk untuk masakkan sos. Biar api sederhana sehingga mendidih dan sos pekat ikut citarasa. Rasa dan tambah gula atau garam sesedap rasa.
UNTUK AYAM
Sos tiram
Kicap pekat
Kicap manis cap kipas udang
Minyak bijan
CARA BUAT AYAM
Ambil ayam yang sudah masak tadi. Masukkan secawan air rebusan ayam. Perapkan dengan semua bahan di atas. Panaskan minyak. Goreng ayam sekejap sahaja sehingga luaran ayam garing. Hati-hati kerana minyak akan meletup-letup. Angkat dan toskan. Ayam dipotong kecil-kecil dan letakkan ke dalam pinggan. Tuangkan lebihan bahan perapan ke atas ayam yang dipotong tadi.
SUP
Daun sup dihiris halus
Bawang goreng
Gunakan lebihan air rebusan ayam dan taburkan bahan di atas.
SAYUR-SAYURAN
Salad
Timun jepun
Tomato
CARA
Basuh bersih. Timun dan tomato dihiris. Susun cantik-cantik dalam pinggan bersama daun salad.
Hidangkan.
Panjangggg betul kan. Harap-harap dapat membantu anda semua.
Selamat mencuba!
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Sunday, February 2, 2014
Resepi Nasi Ayam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments: