Sukar untuk tidur bila batuk-batuk di waktu malam. Ada beza ye batuk dengan batuk-batuk. Batuk tu maksudnya sekali je. Kalau batuk-batuk tu banyak kali batuk. Faham tak faham? Buat-buatlah faham.
Tips mudah ni disarankan oleh encik suami saya. Bulan lepas saya kurang sihat dan batuk-batuk. Memang mengganggu juga lah sebab dah lama betul tak terkena sakit. Dugaan. Sebelum masuk tidur dia pesan kemam gula-gula dalam mulut sampai tidur. Katanya nanti gula-gula itu akan cair dengan sendirinya dalam mulut. Bila tekak kering tu yang asyik batuk tu. Jadi bila kemam gula-gula, tekak tak kering dan batuk-batuk pun kurang. Sebelum tu seperti biasa saya akan makan sebiji b complex dengan 4 biji ostematrix untuk membetulkan saraf-saraf dan tidur yang lena. Saya ikut saranan suami. Saya makan gula-gula Clorets.
Rasa macam magik keesokan harinya. Memang bangun tido awal seperti biasa. Tak terbangun batuk-batuk. Syukur Alhamdulillah. Berkesan juga tips suami ditambah pula dengan supplements Shaklee yang hebat.
Teruja untuk memberitahu suami. Bila beritahu tahu apa responnya?
"Ma tahu ma? Gula-gula yang ma makan tu"
"Kenapa? Nasib baik ma tak tertelan. Dia cair je kot masuk dalam mulut. Lega tak batuk-batuk malam tadi. Lena je. Thank you abang. It works perfectly."
En suami dah senyum-senyum. Lain macam je.
"Pagi tadi abang lipat selimut, ada benda lekat-lekat. Abang ingat apalah, rupa-rupanya gula-gula ma malam tadi"
"Tipu lah abang ni..."
Dalam hati pun pelik juga. takkan lah kan. Macam mana boleh jadi macam tu.
"Iyaa...nak abang tunjukkan bukti? Ada dalam tong sampah kat dalam bilik air"
" Tak yah! Hi... macam mana boleh keluar dari mulut ma ek? Hahahha"
" Ma ludahkan kot"
Hahahaha..Kawan-kawan faham ke saya cerita apa ni? Syok sendiri agaknya. Sebenarnya, saya makan gula-gula tu sebelum tidur. Ingatkan saya tidur lena malam tadi selepas ikut saranan suami. Rupanya masa saya dah tidur, gula-gula tu 'tercampak' keluar dari mulut saya. Macam mana dia keluar jangan tanya saya, sebab saya sendiri pun tertanya-tanya.
Untuk tips ini, anda boleh ikut, tapi risiko tanggung sendiri. Untuk tips tidur lena dengan b complex dengan ostematrix tu saya jamin anda boleh dapat keberkesannya. Selamat mencuba ye!
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments: