Testimoni Ostematrix oleh Suamiku Sayang - CIK MIL MILA

Saturday, April 26, 2014

Testimoni Ostematrix oleh Suamiku Sayang

Shhh..nak tahu tak? Suami saya kan, dia tak suka minum susu. Memang tegar sungguh. Segala minuman atau makanan berasaskan susu memang tak boleh diterima.  Jangan kata minum, tengok susu dalam cawan kami yang terbiar pun dia tak suka. Tahu-tahu je lah kan kalau anak-anak tu. Minum susu dalam cawan kadang-kadang tak habis, tinggal sikit. Kalau dibiarkan atas meja memang suami saya tu membebel. Hehe..Bebel manja je. Lagi satu dia memang tak percaya kalau orang buat air milo untuknya. Dia ingat saya akan campur susu dalam tu. Hanya dia je yang boleh  bancuh air milo dia sendiri.

Bila anak-anak dah besar, dah tak minum susu formula lagi. Saya beri mereka fresh milk dan untuk saya low fat milk. Tukang beli dan tukang sponsor sudah pastilah si dia. Setiap bulan harus restock sedozen kotak low fat milk. Tukang minum semua orang,  kecuali dia.

Akibat tak minum susu sejak kecil, suami saya selalu mengadu sakit belakang dan sakit badan. Kaki dia seringkali kekejangan samada ketika berjalan, beraktiviti luar ataupun sedang tidur. Kesian dia. Sejak berShaklee, banyak kali saya pujuk dia makan Ostematrix (kalsium, magnesium, vitamin D and more). Mula-mula tu dia berat nak makan. Kalau makan pun hanya 2 biji, sebelum tidur, itupun bila saya suapkan. Biasanya memang ikut mood. Kalau terlalu letih, memang dia langsung tak tengok apatah lagi nak makan. Lama-lama saya malas dah nak paksa lagi.

Walaupun begitu saya sangat percaya kuasa doa. Semoga terbuka pinta hati dia untuk makan vitamin secara istiqamah. Keajaiban berlaku ketika saya menjaga Nurin 9 hari di wad di Hospital Serdang. Kami membahagikan tugas, saya menjaga Nurin dan suami menjaga Alya. Sepanjang 9 hari itu, selepas maghrib, suami perlu datang ke hospital bersama Alya, dan kami bertukar shift, saya menghabiskan masa dengan Alya di lobi hospital, dan suami akan menemani Nurin di wad selama 2-3 jam sebelum Nurin tidur. Oleh kerana kepenatan bekerja di pejabat, menguruskan Alya dan berulang alik ke hospital, kaki suami mula sakit-sakit, lenguh dan kejang. Keadaan jadi semakin buruk dan dia berjalan terhencut-hencut. Dari tempat parking ke bangunan hospital pula ikut nasib, kadangkala sangat jauh. Dia terpaksa menggagahkan diri berjalan. Sedih tengok keadaannya. Tapi dia seorang suami, ayah dan anak yang kuat. Disebalik senyuman dan tanggungjawab dia menyembunyikan kesakitan. Saya rasa.

Tidak ingat hari ke berapa, dia menelefon saya tentang vitamin Ostematrix. Di mana saya letak dan berapa perlu makan. Ya Allah...syukurlah. Sejak dari itu, dia makan Ostematrix setiap hari tanpa perlu disuruh. Bukan itu sahaja, vitamin kegemarannya yang lain ialah Sustained Vita C Plus. Dua vitamin wajib setiap hari. 

Hebatnya kuasa Allah dan usaha tanpa henti, suami mula menampakkan kesan luar biasa. Saya perhati dia tidak lagi jalan terhencut-hencut. Dia lebih cergas dan mudah bangun pagi. Dulu, saya agak emosi mengejutkannya bangun pagi. Sekarang bila alarm berbunyi, lebih dia boleh bangun sendiri. Paling menyentuh emosi, dia boleh ke surau berhampiran rumah untuk solat Subuh berjemaah. Alhamdulillah...

Suami  saya, di mana sahaja memang suka sangat duduk bersandar. Even di masjid atau di surau dia akan mencari tempat untuk bersandar. Terutama ketika berzikir dan mendengar tazkirah. Boleh bayangkan tak situasi itu? Haha. Alasannya, bila bersandar begitu dia lebih selesa. Katanya, kalau tidak bersandar  bahagian belakang badannya sakit dan cepat letih. Bukan itu sahaja, mudah sungguh dia tertidur. Duduk saja-saja pun boleh tertidur. 




Sejak konsisten makan Ostematrix, nampaknya dia tidak lagi seperti itu. Saya bukan nak overclaim, tapi itulah kenyataannya. Hidup bersama selama 8 tahun buat saya nampak sekecil-kecil perkara tentang suami yang saya sayang. Keluarga kami lebih ceria apabila suami sihat. Terima kasih Allah kerana membuka pintu hati saya untuk consume Shaklee dan terima kasih Shaklee atas produknya yang sangat berkualiti!

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: