Kami dan Bagan Lalang - CIK MIL MILA

Wednesday, September 24, 2014

Kami dan Bagan Lalang


Allah...
(16hb September, 2014)
Kami diberi kesempatan menghadiri majlis harijadi Mikhael, anakanda Husna rakan sekerja saya dulu. Meriah sungguh, makanan yang sedap-sedap dan anak-anak dapat belon free lagi. Cuaca mendung dan hujan renyai sekali sekala memberi idea kepada saya untuk mengajak suami ke pantai berhampiran. Lagipun kami belum berkesempatan untuk membawa anak-anak bercuti sepanjang cuti sekolah ini.
Air surut
Cinta Hati Saya

Ayu Berbaju Kurung

Rumah Ketam.

Sunset yang Indah. Subhanallah

Pantang ke pantai. Memang ini lah kerja mereka. Main pasir

Anak siapalah tu kan... kusyuk main

Teruja!

Upside Down

Walaupun baju berpasir tetap cool

Selepas membawa anak-anak menyelusuri suasana di tepi pantai Bagan Lalang kami menjamu selera di restoran makanan laut berdekatan. Menunggu makanan yang dipesan di tempat yang sebegitu sudah tentulah memakan masa yang agak lama. Cuti umum dan juga cuti sekolah. Tiada apa yang mampu dibuat melainkan sabar. Suami mengambil peluang membeli ikan-ikan segar di pasar berdekatan.

Sementara menunggu, saya sudah merasakan lain macam. Eh... saya bukan menulis cerita hantu tau. Haha.. semacam tu maksudnya saya rasa seperti tidak sihat. Malas nak fikir banyak-banyak. Saya cuma minum air panas suam sambil pow sedikit air sejuk kepunyaan anak-anak. Mengelat sikit tak pe kan? Bila hidangan sampai, sungguh-sungguh kami makan. Mulanya cuma mahu berkongsi sepinggan nasi dengan anak-anak, tapi oh.. lauknya banyak, manakan cukup ye tak. Sepinggan nasi kongsi 3 orang yang kelaparan? Rasa tak sihat tu hilang tiba-tiba. Penangan betul.

Tak sempat nak snap gambar-gambar menu kerana perut sudah menyanyi kelaparan. Sedap dan berbaloi-baloi. Alhamdulillah. Rezeki kami.




Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: