Down with Fever and Flu - CIK MIL MILA

Wednesday, September 24, 2014

Down with Fever and Flu

Lepas pergi Bagan Lalang, the next day saya dah rasa seram sejuk. Tapi masih buat-buat tak faham. Ada la mengada-ngada sikit dengan encik suami yang saya sangat rindukan masakan air tangannya. Memang betul, dah lama suami tak masuk dapur dan masak untuk kami. Huk huk. 

Sementara dia tengah masak, saya terlelap pulak. Yang sebenarnya suami saya memang kemaruk nak masak (wink ;) sebab dia teruja tengok ikan-ikan segar yang dibelinya kat Bagan Lalang hari tu. Menu spesel menanti... yippieeee.. tapi tak dapat nak snap sebab macam biasalah... lapar.

Petang tu kami ke IKEA dengan The Curve. Lama sungguh tak ke situ. Gamaknya jakun tengok perubahan di sekitarnya. Makan kat our favourite dating place- Marche, tapi seperti kenyang yang amat sebab semua orang dah membedal karipap IKEA yang sedap itu. Masa ni lah terasa sakit tekak yang amat bila pekena jus oren kat situ. Pedih tak hengat. Hilang selera nak pow encik suami. Order pun untuk anak-anak, tapi tetap mak bapak budak yang bedal sebab anak-anak teruja nak main aje.

Tujuan asal sebenarnya nak gi Sg Buloh untuk menjemput kereta Kelisa kesayangan hamba tu. Masuk bengkel. Dah 9 tahun usianya. 2 minggu kat bengkel buat kami rinduuu yang amat. Terlanjur tu menyinggah ke mall berhampiran. 

Jadi lepas aktiviti tak-selera-nak-makan-tu kami shoot la terus ke Sg Buloh lalu Kota Damansara. Makkk...awat jalan pelik-pelik. Ni sempena construction MRT la nih.. pening sungguh! Menambah kesakit kepalaan saya dan tetiba je air hidung meluncur laju... srooot srooot...sempat menidurkan diri sebelum saya terpaksa drive bawa Alza balik Puchong sementara suami bawa balik si comel Kelisa kami tu. Dalam hati...boleh ke saya drive dalam keadaan macam ni Sg Buloh-Puchong. Think positive. Sambil tu mulut asyik mengemam dan menguyah Chewable Vita-C Shaklee. Rasa ok lah elak lagi parah. Dah sampai bengkel, boleh pula saya terlelap lagi sekali bila suami bayar bil kat dalam bengkel tu. Sedar-sedar suami suruh saya tukar tempat duduk and drive back Alza. Huwaaaa... macam mimpi je. Anak-anak pun semuanya tidur juga. Doa dipanjatkan, hanya Allah yang boleh membantu.Semoga perjalanan lancar, dan saya kuat dalam pemanduan. Aamiin.

Alhamdulillah, walaupun jem sana sini sepanjang NKVE-Elite Highway, tapi atas kuasaNya, saya berjaya sampai ke rumah. Lebih awal beberapa saat dari suami. Ngeeeee. Sebab nampak tadi di tol dia terpaksa queue di lane tunai. Wahahahhaa...kalau tak saya pun dah kalah dahh...

Tu lah kisah demam saya. Malam tu saya terus tidur yang macam tak tidur pun. Sebab hidung tersumbat, kepala pun sakit kaw kaw punya. Demam terakhir tahun lepas Disember pun jatuh pada cuti sekolah jugak.Cuci dosa. Sikit je demam tu berbanding kesakitan orang lain. Bermulalah episod demam seterusnya... .

Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: