Throwback: Belated Birthday Celebration - CIK MIL MILA

Wednesday, September 3, 2014

Throwback: Belated Birthday Celebration

Beberapa hari sebelum hari jadi saya, saya dah bisik-bisik dekat anak-anak saya tu.

Mama: "Kakak, birthday mama nanti kakak bagi mama ice cream cake eh!"

Kemain demand mama diaorang ni.

Nurin: "Kakak mana ada duit"

Mama: "Kakak share la duit dengan Alya dengan papa"

Nurin: "Tengoklah"


Eh! Respon dia sebiji macam saya bila dia minta sesuatu dari saya.

Saya bergurau je sebenarnya. Takkan lah saya nak pow anak kecil ni kan. Tak masuk akal. Plan nak celebrate pun memang tiada. Tidak excited seperti dulu-dulu kala. Seperti tahu ada sesuatu yang akan berlaku.Cuma tak terluah dengan kata-kata.

********************************************************************

Saya pulang ke kampung abang Fadil di Machap untuk menziarahi keluarga sepupu saya pada hari kematiannya. Saya tiba lewat Maghrib jadi saya tak berpeluang untuk menziarahi arwah untuk kali yang terakhir. Malam itu saya bermalam di sana.

Saya pulang ke Puchong jam 10 pagi keesokan harinya. Nurin ada exam sekolah agama. Suami tak mahu jika Nurin menggantikan examnya pada hari yang lain. Dia tak mahu Nurin hilang fokus. Machap-Puchong cuma mengambil 3 jam. Itupun banyak kali berehat isi minyak, buang air, dan membeli buah potong di R&R. Maklumlah, saya banyak minum air, banyak kali pula perlu membuang.

Sampai rumah just nice pukul 1. Sempat singgah makan tengahari sekitar kawasan UPM, our dating place dulu-dulu. Haha... dah berbelas tahun dulu. Still my favourite nasi ayam AB. Serasi dengan tekak saya. Orang lain saya tak tahu la. Sejak tahun 1 saya makan nasi ayam ni. Wan Nur Hidayah, housemate saya yang ajar.

Balik rumah, suami dan anak-anak bersiap untuk ke sekolah. Suami hantar mereka dan mama berehat (macam la mama yang drive. Haha!) sambil menguruskan hal-hal domestic. Sidai baju, kemaskan rumah sikit-sikit.Tunggu suami tak balik-balik. Hishh.. mungkin singgah di surau untuk solat Zohor. Pejam mata sambil berkata-kata dalam hati.

"sangka baik...sangka baik..."

Padahal memang dah risau juga. Saya tak pula menelefonnya. Malas nak bising-bising. Dah tua tua ni, saya tak suka pushy-pushy. Let he take his own sweet time.

Dah dekat pukul 4 baru balik... lama betul.. tak kuasa saya nak marah atau nak bebel. Lebih baik saya senyum, senyum dan maniskan muka.

Wooohooooo!!! Rupanya ada surprise untuk saya. Hehe..

Alhamdulillah...hehe.. dapat tengok dan amik gambar je laaaa. Tak boleh nak makan lagi pun.



Tunggu anak-anak kesayangan pulang!

Gawat bila dua budak comel ni balik sekolah


 Wajah-wajah kesayangan mama. Mama candid je. Macam-macam gaya daaaa...



Muka letih je semua tapi excited.

Barulah boleh potong kek. Tak yah lilin segala. Makan je terus...



Subhanallah...sedapnya tak terkata.


Alhamdulillah... nikmat yang mana hendak aku dustakan.

Terima kasih Allah. Terima kasih suamiku. Sentiasa bersamaku walau apa jua keadaanku. Semoga Allah merahmatimu hingga ke syurga.

Terima kasih Allah, Kau ambil satu nyawa dari kami, Kau beri lagi satu nyawa lagi... Allahuakbar!
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: