Berita kematian abang Fadil saya terima dengan redha. Kami sekeluarga sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Sudah lama dia menderita penyakit hati yang kronik atau nama lain ' chronic liver disease' yang disebabkan oleh virus hepatitis B. Penderitaannya di dunia sudah berakhir. Semoga dia tenang dan damai di alam sana. Ya Allah tempatkanlah dia bersama orang-orang yang beriman dan yang Kau redhai.
Ya! mati itu pasti!
Walaupun kami (abang fadil dan saya) tidak membesar bersama, tapi darah kami mengalir dari sumber yang sama. Kami seibu sebapa. Kisahnya panjang untuk diceritakan. Secara ringkasnya, mak long saya mendambakan seorang lagi anak lelaki dan ditakdirkan, arwah emak sudah ada 4 orang anak lelaki ketika itu. Keadaan hidup keluarga kami yang susah, arwah emak merelakan untuk memberi anak yang baru dilahirkan kepada keluarga mak long saya.
Arwah abang Fadil dipelihara oleh keluarga mak long bagai menatang minyak yang penuh. Syukurlah!
Subhanallah.... saya juga tidak ditakdirkan untuk bertemu dengan arwah hingga ke saat terakhir. Saya lewat sampai sewaktu hari pengkebumiannya. Abang Ami saya mahu menyegerakan proses pengkebumian kerana tidak mahu menyeksa jasad arwah. Itulah yang sebaiknya. Saya redha. Sesungguhnya aturan Allah adalah yang terbaik. Saya yakin yang itu.
Kami berkongsi tarikh istimewa ini, 19 Ogos 2014. Ulangtahun ke 34 saya merupakan hari kematian abang Fadil. Tentunya ada hikmah dan rahmat yang Allah kurniakan kepada saya. Yang pasti, hari ulang tahun kelahiran saya mengingatkan saya kepada kematian.
Kami juga punya masalah kesihatan yang sama. We are the chosen one. Abang Fadil dijangkiti virus Hepatitis B. Begitu juga saya. Saya dapat merasai kesakitan dan ujian yang dialami. Umpama melihat cermin, saya lihat kesakitan dia, saya membayangkan kesakitan yang bakal saya alami.
Allahuakbar. We plan, Allah is the BEST planner! Saya cuba bersikap positif. Saya masih ada peluang untuk menjaga kesihatan saya. Ubah cara saya berfikir, dan cara hidup ke arah yang lebih baik. Syukur saya dikelilingi dengan suami yang sangat positif, keluarga dan kawan-kawan memberi semangat.
Saya akan jaga diri dan anak dalam kandungan ini sebaik-baiknya. Doakan saya semoga saya tidak menjangkiti anak dalam kandungan ini. Allahumma Aamiin.
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments: