Alhamdulillah...syukur kehadrat Illahi, saya masih lagi bernyawa dan sihat hingga ke saat ini. 19 Ogos yang lepas adalah hari jadi saya yang ke 34 tahun. Menyedari pertambahan usia ini, adalah gambaran bahawa ajal saya semakin hampir. Tidak diketahui bila tapi ia pasti tiba.
Subhanallah... hingga ke hari ini, saya masih boleh bangun dari tidur dalam keadaan sempurna. Sihat dan ceria. Kita perhati sekitar masyarakat kita, ada yang bila bangun tidur sahaja, tidak boleh bangun akibat stroke, malah ada juga yang tidak bangun-bangun dari tidurnya. Berapa ramai lagi insan yang tidak dapat menikmati pagi mereka kerana bermacam-macam masalah kesihatan dan kehidupan. Syukurlah.
Banyak betul ucapan kelahiran.Baik di inbox message, whatsapp, FB. Terima kasih atas ingatan semua. Semoga Allah kabulkan doa kalian semua. Aamiin ya rabb.
Pagi yang indah ini, suami saya sengaja mengambil cuti untuk menghantar saya ke Klinik Kesihatan untuk check up. Check up kali ini luar biasa kerana saya dijadualkan minum air gula. Mengikut pengalaman-pengalaman lepas, saya memang tidak bermaya dan lesu gila-gila bila minum air gula. Perlu berpuasa malam sebelumnya, jadi tenaga tak berapa nak ada. Yewwwwww... boleh dibayangkan betapa seksanya saya minum air gula yang amat manis tak berperisa itu. Appointment pukul 8. Saya datang awal dan menunggu giliran. Ingatkan awal sangat,rupanya masih ramai yang lebih awal dari saya. Haha... darah diambil dan tibalah masanya minum air gula
Teringat pesanan adik ipar saya, minum jangan berhenti! Kalau tidak memang seksa nak habiskan
Seingat saya mungkin cuma 3 teguk je saya minum. Berjaya habiskan dengan selamat. Walaupun tekak perit seperti hendak demam. Allah... sendawa pun rasa air gula. Nak minum air masak pun tak dibenarkan. Mahukan result yang benar-benar pure katanya. Saya diminta tunggu 2 jam sebelum mengambil darah untuk kali yang kedua. Ini untuk membezakan bacaan gula dalam darah sebelum dah selepas minum air gula.
2 jam saya habiskan masa duduk diam-diam dalam ruang menunggu di klinik. Suami tersayang bersarapan di restoran berhampiran. Ingatkan nak join sekali, tapi apalah ertinya kalau saya hanya boleh tengok aje. Baiklah saya duduk dan membaca apa yang patut.
Akhirnya, 2 jam pun berlalu. Darah diambil sekali lagi dan saya dibenarkan pulang Yahoooooooo....appointment seterusnya bulan hadapan.
Balik dari klinik suami tanya nak makan apa-apa yang special tak? Upah sempena minum air gula dan sempena birthday saya. Dalam kepala nak macam-macam ni, tapi tak sedap hati pula bila anak-anak tak ada. Postpone malam nanti bila korum dah cukup.
Disebabkan masih awal lagi nak ambil Nurin dari sekolah, saya menemani suami 'shopping' dari satu kedai ke satu kedai. Bila dah penat saya tunggu dalam kereta je. Biasanya kalau suami yang shopping, mahu berejam-rejam mengalahkan orang pompuan. Tidur dalam kereta lagi best! Hehe..
Memang dah agak dia shopping memang lama sangat. Hujan turun lebat sewaktu on the way ambil Nurin. Mujurlah suami ada sekali. Boleh la berhenti sekejap betul-betul depan ruang menunggu kat sekolah tu. Oleh kerana tak sempat masak, kami pun makan kat kedai makan berhampiran rumah.
Sedang sibuk-sibuk makan, tiba-tiba suami ucap Inalillahiwainna ilaihi roojiuun. Saya tengok muka suami. Suami masih lagi menatap handphone nya dan saya dah dapat mengagak dah siapa yang meninggal. Terkedu. Sukarnya hendak menghabiskan butir-butir nasi yang tak sampai 3 suapan itu. Hilang selera saya. Suami kata, habiskan nasi tu. rezeki. Yang pergi tetap pergi, kalau tak makan nanti saya tak bertenaga. Rasanya saya telan je nasi tu. Nurin tanya macam-macam soalan. Suami tolong jawabkan.
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments: