Luka di Dada Siapa yang Tahu - CIK MIL MILA

Thursday, October 16, 2014

Luka di Dada Siapa yang Tahu

Entah kenapa hari ni jadi kacau bilau sejak pagi. Jadual agak lari dari rutin sebab saya suka menangguh. Nak mandi termenung kejap. Nak makan pun termenung dulu. Ni apa kena agaknya? Dah macam orang angau.Hahhaaa... 

Saya nak ke klinik pagi ni sebab nak gunakan kemudahan klinik panel suami saya. Telinga saya rasanya ada infection. Ada cairan yang keluar dan berbau sikit. Sebenarnya ni kes lama berulang kembali sebab saya gatal tangan suka korek telinga guna putik kapas tu. Banyak kali dah doktor bagitau jangan korek telinga. Biar dia keluar sendiri. Masalahnya doktor, telinga saya tu gatal. Korek telinga ni memang syok jugak kan? Hahahaha...

Memandangkan saya tak suka keluar pagi-pagi (saya suka memerap dalam rumah basuh baju, kemas sikit-sikit, beraktiviti spiritual sikit dan makan makan), maka saya pun pujuk la anak dara bongsu Alya (buat masa ni) pergi makan sarapan kat luar. Lepas gi hantar dia, bolehlah saya ke klinik.  Tapi... dia reject saya. Dia tak nak sebab nak naik motor dengan papa dia. Kecik hati tau. Hari-hari pergi dengan papa. Dah lama saya nak hantar dia pergi tadika tapi dia sukaaa sangat naik motor dengan papa. Saya rasuah dengan nasi lemak pun dia tak mahu. Saya sebenarnya memang tak suka nak bagi dia beli nasi lemak, tapi nak rasuah punya pasal. Teruknya laaa mama ni ye. Rasuah pun tak jalan. Bagus anak papa ni ya.

Sudahnya saya makan sendirian kat rumah saja, dan ke klinik lambat. Pukul 9 macam tu. Orang tak ramai dan bila dah settle saya gi kedai runcit, beli lauk untuk masak tengahari. Balik rumah, bukan masak terus pun, saya perlu settlekan order untuk customer nun jauh kat Johor Bahru dan untuk stok saya. Gitu gini pukul 11 baru selesai.

Entah macam mana banyak pula message masuk (mentang-mentaglah baru install Telegram) macam-macam group ada. Perlu pula nak respon maka terbuang lah juga masa kat situ. Sudahnya dah pukul 11:40 pagi. Baru nak mula masak.... teringat anakanda Nurin balik sekolah pukul 12:20. Saya patut keluar pukul 12:10. Mak aihhh... tu yang kelam kelibut masak. Goreng ikan bawal (konon-konon nak masak sweet sour). Tapi yang sempat cuma ikan goreng aje. Sampai terpercik minyak kat dada. Aduhaii... sakit betul. Melecet terus dan berlubang sikit. No pictures sebab aurat.  Merah. Tangan cepat je amik Basic H sapu kat luka tu. Pedih yaaaa ampun... Lepas letak Basic H tu baru rasa sejuk. Cool sikit. Tapi masak memasak terpaksa dihentikan dulu sebab dada sakit dan mood tak dak. Makanya ambil Nurin pun lewat. Saya keluar kul 12:30. Huwaaa...kesian Nurin. Balik rumah sambung masak. Pukul 1. 10 baru bley makan. 



Mama oo mama... ada hikmah lah tuuuuu


Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: