Saya suka tengok gambar ni. My little girls. They growing up fast. Missed good old days. Bijak, nakal, funny, kreatif dan rajin. Cepat sangat masa berlalu.
Kami tidak lagi tidur bersama sepenuhnya sejak Nurin 6 tahun, Alya 5 tahun. Mereka tidur berdua dalam bilik mereka sendiri. Bukan mudah nak tidur asing tapi ianya boleh dilakukan secara berperingkat.
Kami tidur bersama sejak mereka baby lagi. Siap combine tilam kami (queen) dengan tilam single diaorang. Katil kami buka untuk mengelakkan anak-anak ini jatuh katil. Maklumlah Kedua-dua anak ini lasak. Nurin pernah jatuh katil 2 kali ketika berusia 6 bulan. Serik saya dibuatnya. Alhamdulillah tiada apa-apa kecederaan serius.
Bila Nurin masuk 4 tahun saya sudah mula diskus dengan suami untuk menyiapkan bilik mereka. Kami cat, pasang balik katil kami yg dibuka tu, pasang aircond, hias serba sedikit ikut citarasa mereka. Bilik kami pula kami biarkan dahulu. Banyak pakaian dan benda yang perlu dilupuskan.
Untuk membiarkan Nurin dan Alya tidur berdua sahaja di situ bukan mudah. Saya dan suami terpaksa tidur sekali dengan mereka untuk jangka masa yang lama. Ini untuk mereka menyesuaikan diri dengan suasana bilik yang baru. Begitu juga dengan pencahayaan, penggunaan bilik air dan almari pakaian mereka. Mereka harus mula belajar berdikari. Termasuk ke bilik air sendirian pada waktu tengah malam ketika semua orang tidur.
Dalam masa itu kami membiarkan mereka tidur di rumah ibu mertua saya sekali sekala supaya mereka dapat membiasakan diri tanpa kami. Bilik kami pun melalui fasa-fasa refurbishment dan masuk perabot baru. Yes new look. Alhamdulillah. Baju lama anak-anak saya sedekah kepada rumah anak yatim dan sebahagian nya kepada anak-anak saudara.
Akhirnya, ketika Nurin mula masuk enam tahun, Alya 5 tahun mereka sudah pun boleh tidur sesama mereka. Ada kalanya mereka mengetuk bilik saya pada tengah malam kerana ingin saya menemani. Aduhai...
Sekarang ni, sebelum tidur saya cuma membacakan doa dan sedikit ritual bersama-sama mereka. Barulah saya dapat tidur tanpa gangguan ketukan pintu macam jabatan agama islam tu. Haha. Serius!
Sangat penting memisahkan tempat tidur dengan anak-anak kerana kita suami isteri perlukan masa peribadi kita sendiri. Semoga anda yang sedang berusaha akan dipermudahkan Allah.
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments: