Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukan. Tahun ini merupakan giliran raya di kampung suami saya, tapi dikejutkan dengan berita kematian sepupu suami pada malam raya. Tengah malam itu juga kami sekeluarga bertolak ke Kluang rumah kediaman arwah. Oleh kerana suami mahu menguruskan jenazah untuk saat-saat terakhirnya, saya dan anak-anak dihantar ke rumah pakcik saya di Machap. Lebih kurang 30-40 minit perjalanan dari rumah arwah.
Untuk sekian kaliny, pertama kali dalam sejarah, saya dan anak-anak menyambut pagi raya tanpa suami dan papa di sisi malah pertama kalu juga menyambut raya bersama keluarga pakcik saya, Cik Leh. Orang Jawa kata, " There is always first time for everything".
Suasana pagi raya sangat sederhana, tak cukup tidur sementelah menemani suami memandu dan hanya tidur sejam lebih kurang dalam kereta di Hentian Machap, 2 km sahaja lagi ke rumah Cik Leh, apakan daya suami tak berdaya nak drive. Saya pun! Sampai 10 minit sebelum azan Subuh, saya bersolat dan menyambung tidur bersama anak-anak. Aduhai nikmatnya dapat melelapkan mata buat seketika.
Inilah gambar raya yang diambil suami pada petang raya di halaman Cik Leh yang serba indah. Malangnya suami tidak turut serta kerana hanya berkain pelekat sahaja. Dia lebih rela jadi jurugambar!
Tengoklah mata kami, kepenatan. Hanya sempat beraya satu rumah sahaja (rumah Mak Ngah-sebelah rumah Cik Leh) memandangkan rumah Cik Leh sentiasa meriah dengan tetamu. Rumah Cik Leh ni merupakan rumah peninggalan arwah atok kami dan dia merupakan satu-satunya anak lelaki atok.
Seronok beraya ketika musim buah ni.
Ada banyak nak share ni,tapi masa tak mengizinkan. Tunggu lah dulu ye kalau berkesempatan. In shaa Allah.
Pada yang nak order Shaklee tu, jangan segan jangan malu. Kedai Shaklee saya tak pernah tutup ye.
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Friday, July 31, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments: