Ini aktiviti wajib setiap tahun berpuasa. Sejak Nurin dalam perut lagi saya sudah mengambil tempahan biskut almond london. Bukanlah banyak sangat. Suka-suka sambil memenuhkan tabung persiapan raya kami anak beranak. Just for fun. Tempahan saya hadkan maksimum 50 botol sahaja. Jika lebih saya tolak. Takut tak sempat siapkan. Maklumlah pekerja nya saya seorang. Suami bantu kadangkala tetapi lebih membantu urusan masak memasak dan tengokkan anak. Kadang-kadang ada juga menolong packing dan coated coklat. Apa yang penting kerjasama.
Ramai juga yang tanya bila masa saya buat biskut ni. Saya buat selepas pulang dari tadarus, petang dan bersambung ke malam, itu pun bergantung kepada mood baby Sofea. Penat tu biasalah, tapi alhamdulillah, saya konsisten makan vitamin Shaklee pada waktu selepas berbuka dan bersahur. Sebelum tidur saya telan Ostematrix. Barulah dapat berehat dengan lega. Bangun tidur untuk bersahur mudah dan sakit-sakit badan pun tiada.
Promosi pun tidaklah beriya-iya sangat. Suami yang banyak buat marketing. Kebanyakkan customer tetap. Seronok tau dapat duit raya hasil kerja tangan sendiri. Puas hati bila orang memuji keenakkan biskut almond london ini.
Ok... tempahan hanya dibuka pada bulan puasa. Kalau mahu tahun depan la ye.
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
No comments: