Saya ni rasa macam tak ada kerja lain, asyik memunggah baju-baju dalam almari. Setahun sebelum pregnant, saya memunggah baju-baju lama,baju kurung dan baju kerja saya ke dalam container untuk disimpan. Masih sangat elok untuk dipakai tapi agak ketat di badan. Kalau tak ketat pun, ia menampakkan bentuk badan yang agak menonjol. Dengan kata mudahnya : GEMUK! Berat saya ketika itu ialah 63 kg. Segan nak taip ni. Bila berat naik mendadak-dadak macam inilah jadinya. Juga, pada ketika itu, saya sedang dalam proses untuk menutup aurat dengan lebih sempurna. Ada banyak juga baju kerja saya yang sebenarnya tidak menepati syariat. Sesuai dipakai di rumah juga sebab banyak yang kasual tetapi saya rasa macam tak selesa sebab agak ketat. Bila baju-baju tu dah simpan ke dalam bilik yang satu lagi, makanya almari ini perlu diisi dengan baju-baju yang lebih menepati ciri-ciri muslimah. Maka berlambaklah pula jubah-jubah dan baju-baju yang besar dan longgar. Orang berisi macam saya memang terpaksa pakai pakaian XL sahaja supaya nampak lebih sopan. Yang penting saya menutup aurat dengan sempurna.
Apabila disahkan mengandung, sekali lagi almari baju perlu dipunggah semula. Terpaksa cari balik container baju-baju mengandung. Banyak yang saya dah sedekah, yang tinggal hanyalah yang sesuai dipakai dalam rumah sahaja. Jubah dan pakaian muslimah lain masih elok dipakai memandangkan saya memang membeli saiz yang besar. Syoknya, kesemua jubah-jubah dan pakaian muslimah yang lain masih boleh dipakai sehingga saya bersalin. Memang menjimatkan. Saya hanya menempah satu sahaja baju mengandung yang mempunyai zip di hadapan untuk ‘nursing’ sepanjang tempoh saya mengandung. Jimat sungguh.
Selepas bersalin, saya decide untuk direct feed sahaja kerana saya sentiasa bersama baby Sofea. Bila kemana-mana, saya hanya perlu selak baju untuk menyusukan dia. Jadi, saya sangat memerlukan baju yang bf friendly. Kali ini, jubah-jubah saya tidak sesuai dipakai lagi sehingga baby Sofea wean off. Sekali lagi, baju-baju perlu dipunggah. Huhuhu.
Menariknya, ketika saya mengemas pakaian-pakaian untuk disimpan, saya terjumpa baju kurung batik sutera kegemaran saya. Baju tu dibeli ketika saya masih bekerja. Tahun 2011. Masha Allah. Baju tu mulanya agak ketat tapi sekarang wow! Rasa loose pula. Kainnya terpaksa dilipat dan bahunya sedikit jatuh. Weeee.. Berat sekarang 54kg!
Apa lagi, saya ambil kesempatan untuk mencuba seluar saya yang lain. Ya Allah, hampir kesemuanya saya muat dan agak longgar. Alhamdulillah. Seronok sangat. Terpaksa memunggah lagi sekali. Sekarang almari saya sesak benar!
Nak tahu rahsia untuk mengurangkan berat badan selepas bersalin? Tungguuu
Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Cemburunya.
ReplyDeleteSedang gigih berusaha nak turunkan berat ke 60kg (paling kurang). Ada 9kg untuk dibuang.
Teruskan usaha kak.Eat clean.
ReplyDelete