Baked Macaroni
Assalamualaikum...
Lama juga saya offline dari berblog. Mood jerebu. Sebelum masuk bab-bab yang lebih serius, saya ingin memenuhi permintaan sahabat-sahabat FB saya. Apalagi kalau bukan resepi.
Saya memang peminat pasta. Setiap minggu pasti ada menu pasta yang berlainan dan saya akan masak pada hari yang saya rasa macam malas sangat nak masak. Malas tapi perlu masak sebab anak-anak perlu makan. Kebiasaannya masakan pasta ini dibuat pada hari Jumaat. Hujung minggu samada suami yang ambil alih dapur atau kami berlibur di luar.
Kali ini saya kongsikan resepi Makaroni Bakar atau Baked Macaroni. Jika rajin, saya buat mini, jika malas saya lebur semua dalam satu bekas sahaja.
Baked Macaroni
Mini Baked Macaroni |
250 g makaroni, direbus hingga lembut bersama sedikit garam, toskan
250g daging cincang, dibersihkan (saya lebih suka proses sendiri)
1 labu bawang besar-cincang
3 ulas bawang putih-cincang
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah kurma
sedikit gula perang
sedikit gula perang
garam secukup rasa
sedikit serbuk lada hitam
minyak untuk menumis
6 biji telur gred A - pukul sedikit hingga sebati.
parutan keju mozarella/cedar secukupnya
1 tangkai cili merah, dihiris
1 tangkai cili hijau, dihiris
6 biji telur gred A - pukul sedikit hingga sebati.
parutan keju mozarella/cedar secukupnya
1 tangkai cili merah, dihiris
1 tangkai cili hijau, dihiris
1 tangkai saun sup, dihiris
Cara-caranya
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kurma dan rempah kari. Kacau jangan sampai hangus. Masukkan daging. Kacau sehingga daging masak. Tambahkan garam, gula perang dan serbuk lada hitam secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
Dalam muffin tray, griskan dengan butter, masukkan makaroni yang sudah direbus satu sudu besar. Lapiskan dengan satu sudu besar daging cincang yang sudah dimasak dan lapiskan semula dengan makaroni bakar sehingga hampir penuh. Jangan terlalu penuh. Sebaiknya hanya 3/4 sahaja. Ikut citarasa masing-masing.

Sudukan telur yang dipukul ke dalam muffin tray yang diisikan dengan makaroni dan daging. Ulang langkah yang sama sehingga habis. Taburkan cheese yang diparut dan diikuti dengan daun sup, cili hijau dan cili merah.
Bakar pada suhu 160 darjah celcius. Api bawah sahaja.
Siap.
Mudah je kan? Ni cara saya. semoga anda semua dapat manfaatnya.
Oh ya, jangan lupa penjimatan hebat dengan Shaklee. Bulan ini promosi vitamin C tau! Hubungi saya SEGERA.
Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: