Mengapa Kaki Wanita Hamil Bengkak? - CIK MIL MILA

Tuesday, September 19, 2017

Mengapa Kaki Wanita Hamil Bengkak?

 Mengapa Kaki Wanita Hamil Bengkak? 

Rahim yang membesar menyebabkan tekanan pada urat pelvik dan vena cava, dan cecair akan terkumpul di bawah lutut. Itulah sebab utamanya kenapa kaki wanita hamil bengkak.
Bila bengkak kaki, biasanya ibu hamil kurang selesa. Walaupun tidak sakit tapi ia  menyukarkan pergerakan. Kadangkala kasut atau sandal yang dipakai tidak lagi muat untuk dipakai. Terpaksa cari kasut yang baru yang lebih besar dan selesa dipakai. Ahh..seperti kaki gajah. Haha.

Ini perkara biasa yang dialami oleh wanita hamil. Jangan risau, ada cara bagaimana untuk mengurangkan cabaran ini. 


1. Elakkan berdiri terlalu lama. Biasa wanita memang banyak berdiri ketika masak dan menguruskan hal rumahtangga. Sediakan bangku atau kerusi supaya selang beberapa minit ibu hamil boleh duduk seketika dan sambung berdiri balik bila perlu. Bila berdiri lama ia memberi tekanan kepada kaki dan menyebabkan ia bengkak.

2. Regangkan kaki dengan kerap. Ibu hamil jangan kerap duduk atau baring sahaja. Buat regangan kaki dengan kerap. Semasa duduk atau baring boleh buat. Perlahan-lahan ya. Saya suka buat sambil baring seolah-oleh  mengayuh basikal. 

3. Tinggikan kaki. Kalau duduk kaki letak atas bangku kecil. Kalau baring letakkan bantal atau apa sahaja supaya kedudukan kaki lebih tinggi. 

4. Pakai stokin sokongan. Ada dijual dipasaran stokin pelbagai jenis. Ada yang mempunyai infra red. Sangat bagus untuk ibu hamil

5. Banyakkan minum air. Cukupkan pengambilan antara 2 hingga 3 liter sehari. 

6. Fokus kepada pengambilan nutrien protein dan vitamin C. Protein membantu untuk menjaga air tetap di dalam aliran darah. Akibat kekurangan protein tersebut, air dalam pembuluh darah akan keluar ke rongga-rongga tubuh sehingga menyebabkan bengkak.Vitamin C pula merupakan vitamin yang tinggi antioksida. Pastinya membantu meningkatkan taraf kesihatan secara keseluruhan.

Semoga ibu-ibu hamil yang selalu menghadapi masalah kaki bengkak boleh bernafas lega dengan tips-tips yang saya berikan. Kalau nak tanya tentang Set Hamil Shaklee atau tentang suplemen protein dan vitamin C boleh whatsapp saya Normila 019 225 0752

No comments: