Menyusukan anak sehingga dua tahun merupakan perjuangan buat si ibu. Ia seolah-olah berjuang di medan perang. Perlu ada stamina, azam yang kuat, peralatan dan masa. Bersedia dengan apa juga cabaran dan situasi persekitaran. Perlu ada taktik dan teknik yang sesuai. Tak semua ibu berjuang dengan situasi yang sama.
Perjuangan ini biasanya disusuli dengan air mata dan doa yang tidak pernah putus. Siapa kata mudah nak melengkapkan perjalanan selama dua tahun?
Syukur, saya berjaya melalui dua tahun itu dengan jayanya. Alhamdulillah. Bukan dua tahun sahaja malah lebih dari itu. Setakat ini, Nurin Sofea sudah menyusu selama 2 tahun 6 bulan. Ini ialah percubaan kali ketiga memandangkan dua orang anak terawal tidak berjaya sepenuhnya. Gagal sekali tak bermaksud gagal selama-lamanya. Jangan pernah putus asa. Yang penting usaha.
Jika ada antara kita yang gagal, jadikan ia panduan dan titik tolak untuk menyusukan anak yang seterusnya. Tutup buku lama buka buku baru. Kesilapan lalu jangan diulangi. Nasihat saya yang pernah melalui situasi ini, sematkan dalam minda, sebut hari-hari, yang kita mampu menyusukan sehingga anak dua tahun. Bila kita sebut selalu, itu merupakan doa. Secara tidak langsung ia membuatkan kita nekad dan tidak mudah putus asa. Percayalah!
Walapun begitu, sekuat mana kita berusaha sesungguhnya rezeki menyusukan anak ini rezeki tak ternilai dari Allah.Dialah Maha Pemberi Rezeki. Bersyukur setiap titik susu yang keluar semoga ianya bertambah banyak lagi. Kita hanya berusaha, Dia yang Maha Memberi. Marilah kita beramal seperti mana suruhanNya dan meninggalkan larangannya.
Inilah anak bertuah tu.
Anak Bertuah-Nurin Sofea |
Bagi saya, yang penting niat kerana Allah. In shaa Allah, perjalanan penyusuan dimudahkan. Jika anda perlukan tips penyusuan dan perlu sokongan atau mungkin nak borak-borak tentang penyusuan boleh PM saya. Normila 019 2250752.
No comments: