Nasi Dulang Daun Pisang - CIK MIL MILA

Tuesday, April 23, 2019

Nasi Dulang Daun Pisang

Hari tu kami makan di satu restoran di Sg Ramal Dalam, Kajang. Nama restoran tu Nasi Dulang Daun Pisang Tak rancang pun nak makan di situ. Suami nak beli air nanas madu di tepi jalan. Lepas beli tu dia nampak sekumpulan awek turun dari restoran tu (restoran atas bukit). Ramai yang makan di situ, parking pun penuh. Dia tanya kami, nak makan kat situ tak. Ada papan tanda "Sup Kaki". Baca je pun dah menyelerakan. Saya pun ok ajelah sebab dah lapar sangat.

Ingatkan dapatlah makan sup kaki kan, tapi rupanya dia jual nasi dulang pelbagai lauk dengan nasi ganja. Mana sup kaki nya? .

Tengok menu macam menarik. Apa lagi, order lah mana yang berkenan. Alhamdulillah, sedap dan  menepati citarasa saya dan keluarga. Berpeluh-peluh suami dan anak-anak. Kepedasan. 

Nasi Dulang Ikan Keli


Nurin dan Alya makan Nasi Dulang Ikan Keli-RM7.50. Ada nasi putih, ikan keli, ulam (daun selom, kobis dan timun), 3 jenis sambal dan kuah masak lemak cili padi. Semua sambal sangat-sangat sedap. Ikan garing dan baru goreng. Licin anak-anak saya makan.

Suami makan Nasi Dulang Kambing - RM15. Sama je macam menu di atas cuma ada kambing. Perapan yang sangat sempurna. Daging kambingnya lembut dan sedap.  Berpatutan dengan harga.

Saya makan Nasi Dulang Ikan Tilapia Merah-RM20. Paling mahal. Mahal sebab ikannya agak besar, mungkin 1kg kot. Tak habis saya makan ikan ni seorang, kongsi dengan suami dan anak-anak.

Banyak gambar yg saya ambil tapi semua nya tak menjadi. Gambar Nurin tu pun kena 'photobomb' dengan Sofea. Siap merajuk sebab saya tolak tangan dia kerana blok kakak dia. 

Saya rekomen kawan-kawan makan kat sini ya. Sangat berbaloi. Walaupun ramai tapi servisnya pantas. By the way, ini bukan paid review ya. Ini cuma pandangan peribadi. Sekian.

Nasi Dulang Daun Pisang
Pt 75024 Jalan Besar Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang, Selangor

Operating Hours: 10.00AM – 4.00PM, Daily
Phone Number: 012-323 0220



No comments: