Makanan dan Pemakanan untuk Ibu-ibu Hamil - CIK MIL MILA

Thursday, October 24, 2019

Makanan dan Pemakanan untuk Ibu-ibu Hamil

Apakah makanan sihat untuk ibu hamil? Saya baca satu buku ( diterbitkan pada 1993 di UK), agak outdated tapi membantu juga. Saya kongsikan terjemahannya di sini.

Makan secara sihat semasa hamil sebenarnya merujuk kepada makan pelbagai jenis makanan yang betul iaitu makanan yang kaya dengan nutrien penting. Tumpuan kepada buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar, bijirin penuh, daging organik yang dari binatang yang dipelihara sendiri, dan hasil tenusu yang rendah lemak akan memastikan persekitaran yang sihat di mana bayi anda akan membesar.

Apa yang kawan-kawan fikir? Bagi saya ia agak mustahil dilakukan oleh diri saya sendiri. Kebanyakan senarai di atas boleh diperolehi dengan mudah tapi bukan daging organik. Daging organik boleh dibeli ditempat tertentu, agak terhad dan mahal harganya. Pelihara sendiri? Bagaimana jika saya duduk di kawasan perumahan. Hehe...simply mengarut! LOL Mungkin tidak mustahil bagi sesetengah orang. Saya sangat salute jika ada yang mampu buat begini.

Mengapa penulis buku ini mengatakan sedemikian?

Kerana makanan yang diperolehi sekarang tidak lagi semulajadi. Banyak yang diproses dan diubah secara genetik yang mana boleh memberikan kesan tidak baik untuk jangka masa panjang kepada ibu hamil dan juga bayi yang dilahirkan.

Bayangkan ayam yang kita beli di pasar. Walaupun segar, tapi tahukah anda ia sudah dicemari dengan suntikan hormon untuk mempercepatkan tumbesaran ayam itu.Panjang jika mahu saya terangkan.




Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
 Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments: