Tips Bijak untuk Makanan Kanak-kanak yang Lazat dan Berkhasiat - CIK MIL MILA

Thursday, January 24, 2013

Tips Bijak untuk Makanan Kanak-kanak yang Lazat dan Berkhasiat

Kita sudah sedia tahu dan faham bahawa terlalu banyak lemak, garam dan gula, dan kekurangan pengambilan buah buahan dan sayuran, ikan dan makan berserat tinggi adalah tidak baik bagi kita. Jadi, bagaimana untuk membuat makanan yang berkhasiat untuk anak anak dan keluarga?

Tidak mustahil sama sekali menyediakan makanan yang berkhasiat dan pada masa yang sama digemari semua orang. Saya ada cara untuk menyediakan makanan yang lazat, mudah, ringkas dan berkhasiat.

1. Bakar kentang di dalam ketuhar gelombang-Cepat dan pantas. Saya suka kukus kentang  dahulu sebelum bakar. Jenis kentang yang saya pilih ialah 'Russet Potato' atau kentang USA. Ia cepat empuk berbanding kentang tempatan. Tumis bawang putih yang di ketuk bersama sedikit minyak zaitun. Campurkan bersama kentang yang dikukus. Tabur sedikit garam dan lada hitam. Bakar selama 15 minit. Ada ketika saya akan tabur keju yang diparut. Mozarella dan Parmesan. Boleh pelbagaikan mengikut citarasa anak-anak. Makanan ini paling digemari untuk sarapan hujung minggu. 

Baked Potato


2. Berikan anak-anak buah buahan yang dipotong ketika menonton televisyen seperti epal. Sangat mengkagumkan apabila mereka makan dengan pantas tanpa dipaksa. Bayangkan kalau kita biarkan buah buahan di dalam peti sejuk begitu sahaja. Pasti tak disentuh bukan?

3. Sentiasa ada stok bijirin penuh di rumah seperti 'cornflakes', oat dan dan susu. Mudah dan pantas malah berkhasiat. Elakkan membeli bijirin yang manis. Bijirin penuh sesuai diberikan untuk sarapan dan snek. Saya selalu kadang-kadang malas menyediakan makanan pagi yang berat seperti nasi lemak atau mi goreng. Bijiran inilah pilihan terbaik saya.

4. Kukus ikan tambahkan sos tiram, bawang putih, halia, tomato dan perahan limau nipis. Mudah, lazat dan berkhasiat. Suami saya memang suka masak resipi ini. Kami sekeluarga menggemari resepi ini.

5. Tukar nasi sebagai makanan utama. Pelbagaikan dengan pasta seperti makaroni, spaghetti atau mi.

Spaghetti Carbonara with Seafood-Air Tangan Suami Saya


6. Sauté sayur sayuran berwarna seperti lobak merah, brokoli, kubis bunga dan jagung  supaya menarik  minat anak anak untuk memakannya.

Saya sangat bertuah mempunyai suami yang gemar memasak. Alhamdulillah anak anak tidak terlalu memilih makanan. Air tangan kami sentiasa menjadi pilihan. Owh ya, pelengkap kepada makanan mereka, saya berikan mereka multivitamin yang hebat. Supaya mereka cerdas dan cergas. Nak tahu apa dia?

--

--

--

--

--

--

--

--

Shaklee Mealshakes

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Kebaikan Meal Shakes


1. Kaya dengan protein. Protein membantu membina, menggantikan dan mengekalkan tisu dalam badan anak anak. Semakin anak kita aktif, semakin banyak protein yang diperlukan. Ia sangat perlu untuk menyihatkan sel-sel.

2. Mengandungi vitamin lengkap iaitu vitamin A, C, E, Zink, selenium sebagai anti-oksidan, vitamin B-Complex, zat besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium untuk bina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

3. Sumber terbaik serat larut yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan daripada kolon dan perut.

4. Rasa yang lazat. Berperasa Vanilla yang sangat sedap, tanpa pewarna dan gula tiruan.

5. Mengandungi Indeks Glisemik yang rendah.

6. Menambah selera makan anak-anak.

7. Kulit yang sihat. 

Testimoni saya sendiri....

My lovely Princesses


Bukan sedikit yang tanya berkenaan kulit anak saya yang cantik. Ini lah antara rahsianya...Meal Shakes Shaklee. Anda mahu mencuba?

Penghantaran boleh dibuat di seluruh Malaysia.

Boleh hubungi saya

Call/Whatapps : 019 225 0752
Email  : normila.muhamad@gmail.com
FB : Normila Muhamad
FB Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop






No comments: