Alhamdulillah. Syukur kepada Allah Taala kerana masih memberi peluang kepada saya dan suami untuk masih lagi bergelar sebagai suami dan isteri kepada each other. Sudah 13 tahun usia perkahwinan kami. Sepanjang perkahwinan ini terlalu banyak saya belajar tentang kehidupan. Pahit manis suka duka susah senang ditempuhi bersama. Terlalu banyak kan. Semua pasangan yang berkahwin pun akan melalui perkara ini.
Begitulah, di awal usia perkahwinan tentulah sukar juga untuk menyesuaikan diri. Lama-lama bila dah faham perangai nasing-masing,perlahan-lahan kita jadi serasi bersama.
Happy 13th Anniversary suamiku. Pimpinlah daku dan anak-anak kita ke syurga, kebahagiaan yang kekal selama-lamanya. Ampunkan segala salah silapku dan redhamu yang ku dambakan.
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang Ke-13 buat Suamiku |
No comments: