Tarawikh di Masjid atau di Rumah buat Wanita - CIK MIL MILA

Thursday, May 9, 2019

Tarawikh di Masjid atau di Rumah buat Wanita

Ramadhan Kareem. Belum terlewat lagi nak ucap kan Ramadhan Kareem. Masuk hari ke empat hari ini. Alhamdulillah. 

Bila masuk bulan Ramadhan, mula lah isu-isu lama diulang siar, tapi tak mengapa, perkara setahun sekali memang mudah kita lupa. 

Wanita memang afdhalnya solat di rumah. Baik yang sunat apatah lagi yang fardhu. Cuma jika kita hendak ke masjid jangan dihalang.

Tak apa nak pergi ke masjid. Pergilah dengan suami dan anak-anak. Yang penting jangan ada ruang fitnah utk kita. Elak ikhtilat.Tutup aurat dengan sempurna, pakai stokin, pakai handsock, baju jangan ketat,jangan pakai minyak wangi, jaga pandangan, jangan membawang. BANYAK NAK KENA JAGA. Kalau susah nak jaga semua tu, mudahnya solat di rumah je. Tapi kat rumah banyak dugaan (itu saya la tu). Kita solat kat masjid untuk dapat semangat Ramadhan tu. Masa ni lah kita dapat jumpa jiran-jiran yang selama ni susah nk jumpa. Macam kami-kami ni yang bekerja, masa tarawikh baru dpt jumpa. Lepas tarawikh sambung pula tadarus bersama-sama. Rapatkan silatulrahim. Anak2 pun seronok, memang ada bahagian khas untuk anak-anak nak solat kat surau taman saya ni. Yang penting NIAT KERANA ALLAH dan ELAK IKHTILAT. Wallahuaklam.

Bersedia untuk Bertawawikh di Surau Amanputra, Puchong.

2 comments:

  1. saya terpaksa buat kat rumah je la sebab anak kembar tido awal, anak kecik takda siapa jaga. hehe. takpa, Allah akan permudahkan setiap urusan kita. inshaAllah aamiin

    ReplyDelete
  2. Ya. Tak mengapa puan. Afdhal nya di rumah. Allah Maha Mengetahui. Bergembiralah dengannya. Tiada yang sia-sia disisiNya

    ReplyDelete