Surprise!!! - CIK MIL MILA

Wednesday, May 15, 2019

Surprise!!!


Semalam kami sekeluarga berbuka di surau. Seperti kebiasaan kami akan terus tunggu utk solat isyak, tarawikh dan tadarus. Memandangkan minggu ini minggu peperiksaan, suami pesan anak² akan dihantar pulang selepas solat isyak berjemaah. 


Selepas tadarus, saya, suami dan anakanda Sofea pulang ke rumah. Rumah sudah gelap bermaksud Nurin dan Alya sudah masuk tidur.

Saya buka pintu, buka lampu dan mula membebel² bila tengok meja bersepah² dengan jeli, pinggan dan cawan. Sekali lagi tengok, ehhhh...ehhhhh...ada sebiji kek lah. Kek wedding anniversary utk kami rupanya. What a surprised! Pandai suami dan anak² buat surprise. Which is very rare lah. Siap ada our nikah photo lagi. 

Terharu dengan persiapan ini. Syukur alhamdulillah sebab masih punya suami, anak² dan kehidupan yg bahagia. 13th May 2019 marked our 13th anniversary.

Choc Moist Kek

Siap ada gambar nikah lagi


Air mineral Sofea pun nak gambar jugak

Jeli membentuk 13

Close up gambar nikah
Tak sangka anak-anak dan suami pandai berpakat nak surprise kan mama. Selama ni saya tak pernah berjaya nak surprisekan suami saya. Kali ini mereka berjaya. Nasib baik saya tak sempat nak marah sebab rumah bersepah. 

Semoga Allah pelihara mereka seperti mana Allah pelihara orang-orang yang soleh. Aamiin.



No comments: