CIK MIL MILA : ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour
Showing posts with label ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour. Show all posts
Showing posts with label ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour. Show all posts

Thursday, September 14, 2017

4 Nutrien Penting untuk Kulit yang Cantik dari Dalam.
5:04 PM0 Comments

Ketahui 4 nutrien penting untuk kulit cantik berseri dari dalam.

Pernah tertanya-tanya bagaimana sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat dan berseri?
Mereka memberikan aura positif dan sihat. Seringkali juga, anda tertanya-tanya apakah yang
diperlukan untuk mendapatkan kulit yang cantikdan menawan. Dapatkan kulit yang berseri dari dalam dengan nutrien ini!

Kecantikan Dari Dalam

MENGANJALKAN

MEMBINA

MELEMBAPKAN

MELINDUNGI
 

Protein untuk membina kulit yang sihat

Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:
  • Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk fungsi kulit yang optimum.
  • Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
  • Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
  • Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu
  • Melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari8

Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C

Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk :
  • Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar. 4 
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.5,6 
  • Membantu dalam penyembuhan luka.5 
  • Mempertahankan kulit daripada radikal bebas

Kekalkan Kelembapan Kulit dengan GLA

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit
dan juga:
  • Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.3
  • Mengekalkan kelembapan kulit.4  
  • Melawan keradangan.7

Tingkatkan Keanjalan dengan Kolagen

Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri. Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk:
  • Kulit yang lebih anjal.1
  • Mengurangkan kedutan.2
  • Kulit yang lebih anjal.1 
  • Mengurangkan parut.2

Lindungi kulit anda dari sinaran UV

• Kuatkan perlindungan terhadap sinaran UV dengan meningkatkan pengambilan karotenoid harian
anda. Karotenoid bermanfaat dalam melindungi sel-sel kulit yang sihat daripada kerosakan sinaran matahari6. Ia juga dikenali sebagai ‘Pelindung Matahari Dalaman’ anda.
• Tingkatkan perlindungan anti-keradangan dari omega-6 (GLA) dengan melengkapinya
bersama vitamin C.
shaklee puchong



Rujukan:
1. Porksch E, Segger D, Degwert J, Schunck M, Zague V, Oesser S. Oral supplementation of specific collagen peptides has beneficial
effects on human skin physiology: a double-blind, placebo-controlled study. Skin Pharmacol Physiol. 2014;27(1):47-55.
2. Matthias CA, Fernandes D, Kolokythas P, Kaplan H, Vogt P. Percutaneous collagen induction therapy: an alternative treatment for
scars, wrinkles, and skin laxity. Plastic Reconstruct Surg. 2008;121(4):1421-1429.
3. Bjørneboe A, Søyland E, Bjørneboe GE, Rajka G, Drevon CA. Effect of dietary supplementation with eicosapentaenoic acid in the
treatment of atopic dermatitis. Brit J Dermatol. 1987;117(4):463-469.
4. Cosgrove MC, Franco OH, Granger SP, Murray PG, Mayes AE. Dietary nutrient intakes and skin-aging appearance among middle-aged
American women. Am J Clin Nutr. 2007;86(4):1225-1231.
5. Catani MV, Savini I, Rossi A, Melino G, Avigliano L. Biological role of vitamin C in keratinocytes. Nutr Rev 2005;63:81–90.
6. Wolfgang Ko, Jean Krutmann. 2008. Protection from Sunburn with β-Carotene—A Meta-analysis. Photochemistry and Photobiology.
84: 284–288.
7. Kapoor R1, Huang YS. Gamma linolenic acid: an antiinflammatory omega-6 fatty acid. Curr Pharm Biotechnol. 2006 Dec;7(6):531-4.
8. Poljšak, Borut, and Raja Dahmane. “Free radicals and extrinsic skin aging.” Dermatology research and practice 2012 (2012).
Reading Time:

Tuesday, September 8, 2015

Promosi September 2015 - ESP Shaklee
10:38 PM0 Comments

Promosi September 2015 - ESP Shaklee 


Kenapa mesti beli ESP pada bulan ini?

Sebab... tengah promosi. Harga lebih murah dari bulan-bulan lain. Semua orang suka harga murah kan? Pantang ada sales di mana-mana mesti tempat tu penuh dan sesak. Haaa... ambil lah peluang tu bulan ni.

Kenapa kena 'grab' 6 botol sekaligus?

Beli 6 Percuma 1, ESP, shaklee puchong, shaklee cyberjaya, shaklee putra perdana, shaklee amanputra
Promosi September 2015 - ESP Shaklee


SEMUA INI ANDA AKAN DAPAT PERCUMA!!!

✔Percuma 1 botol ESP yang bernilai RM 150
✔Percuma membership Shaklee bernilai RM69 (yuran keahlian)
✔Percuma bonus tunai sebanyak RM35++ 
✔Percuma sebotol Vita-Lea (Multivitamin) bernilai RM94

Wow!!!

Siapa yang nak beri imbuhan sebanyak itu? Menyesal kalau anda tak 'grab'. Percayalah... semuanya kenyataan. Hubungi saya untuk penerangan yang lebih lanjut.

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit    
Reading Time:
ESP Memutihkan Kulit Bayi
4:55 PM0 Comments
Sempena bulan promo ESP bulan ini, saya nak kongsi satu cerita. Bukan hendak melambung lambung diri di awangan, tapi cuma nak nyatakan nota syukur kepada Illahi. Alhamdulillah.

Ramai yang memuji kulit baby Sofea putih, gebu dan cantik.

ESP Shaklee, shaklee puchong, shaklee cyberjaya, shaklee putra perdana, shaklee amanputra
ESP Memutihkan Kulit Bayi


Saya juga mengakui yang sama. Alhamdulillah. Semuanya kerana izin Allah.

Sepanjang hamil, saya mengamalkan set hamil Shaklee. Selain dari itu, saya juga mengamalkan makanan sunnah seperti kurma, kismis, habbatus sauda, minya zaitun juga madu. Makanan yang saya pilih tentulah yang kaya dengan nutrisi dan berkhasiat walaupun selalu juga tersasar. Tersasar kerana mengikut nafsu. 

Saya yakin ESP sedikit sebanyak  memberi kesan kepada keputihan baby Sofea ini. Setiap hari saya mengambilnya. ESP  ni sebenarnya adalah protein. Sel badan manusia terbentuk dari protein. Pengambilan ESP yang konsisten membantu memastikan sel mendapat protein yang sempurna dan membantu melahirkan sel yang sihat. Apabila sel sihat, maka penyerapan vitamin dan galian adalah lebih optimum.

Apa beza protein Shaklee dengan protein yang melambak di pasaran. Apa yang boleh saya katakan, ESP Shaklee mengandungi 9 asid amino yang tidak boleh dibuat oleh badan yang diperlukan oleh tubuh. Ianya adalah protien yang lengkap. Tidak menggunakan alkohol untuk proses pembersihan soya. Ia diproses dengan suhu yang sangat terjaga demi memastikan semua asid amino tidak rosak. ESP Shaklee ada protein terbaik di pasaran!
Tak percaya? Cuba dulu baru tahu, tapi ingat ye, vitamin ni bukan magik! Perlu amalkan secara konsisten. Doa dan tawakkal!
Dapatkan harga istimewa sempena promosi ESP bulan ini.
ESP, shaklee puchong, shaklee cyberjaya, shaklee putra perdana, shaklee amanputra
Beli 2 diskaun 5%
ESP, shaklee puchong, shaklee cyberjaya, shaklee putra perdana, shaklee amanputra
Beli 6 percuma 1
Beli 1 jimat
Beli 2 less 5% lebih jimat
Beli 6 PERCUMA 1- SANGAT MENJIMATKAN
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

Whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit    


Reading Time:

Sunday, June 21, 2015

Tips Penyusuan Ibu yang Berpuasa: Cara Saya
1:23 PM0 Comments
Yahooooo...

Alhamdulillah. Semua yang berlaku di dunia ini adalah ketetapan Allah. Syukur sebab Allah takdirkan saya mampu berpuasa sejak 1 Ramadhan sehingga ke hari ini dan menyusukan dalam bulan Ramadhan ini. Jujurnya, saya tak terasa terlalu penat, malah boleh memasak juadah berbuka dan menguruskan rumah tangga dengan baik in shaa Allah.



Apa tips saya? Semestinya saya bertanya sana sini. Saya tanya mereka yang berpengalaman dan saya cuba mengikut kesesuaian saya. Mereka memotivasikan saya. Sekiranya mereka boleh, saya pun boleh bukan?

1. Pasang niat dan berdoa- Saya berniat dengan tegar untuk menyusukan baby Sofea dalam puasa ini kerana mengikut syariat Allah. Berpuasa dan menyusukan kerana Allah. Selebihnya saya berdoa supaya usaha saya ini dipermudahkan sehabis mudah. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini dan baby Sofea. Yakinkan diri saya mampu berpuasa dan bf untuk memenuhi hak dia.

2. Menyusukan mengikut keperluan - Saya hanya menyusukan baby Sofea secara direct dan akan menyusukan on demand. Saya tidak menyekat langsung dan ianya seperti hari-hari lain juga. Patuhi betul-betul konsep demand dan supply. Baby Sofea tidur siang hari sekejap-sekejap sahaja. Paling lama sejam dua. Waktu itu saya gunakan untuk housechores ataupun berehat. Jadi saya tak punya masa untuk mengepam. Selain waktu itu saya memang bf baby Sofea. Dia sangat clingy dengan saya. Boleh bayangkan tak pada hari biasa saya sentiasa minum air ketika bf kerana rasa haus sebab sentiasa menyusukan. Bulan puasa ini sungguhpun tidak boleh minum air pada waktu siang, susu masih banyak dan melimpah ruah sehingga basah baju saya. Itulah nikmat bulan Ramadhan. Siapa kata susu kering bila kita berpuasa? Nikmat yang manakah yang hendak saya dustakan. Alhamdulillah.

3. Makan kurma - Ianya sangat berkhasiat dan merupakan makanan sunnah yang disukai nabi Muhammad SAW. Tentunya ia memberi tenaga dan rasa kenyang yang lebih lama. Yang memberi kenyang itu Allah, jadi wajarlah saya berdoa semoga dengan memakan kurma ini saya lebih bertenaga untuk menyusukan baby Sofea dan berpuasa. Saya makan kurma sekurang-kurangnya 6 biji sehari, kadang-kadang lebih. 3 biji ketika sahur, 3 biji ketika berbuka dan selebihnya pada waktu malam antara waktu menyusu.

4. Bersahur - Ini penting. Bersahur dengan makanan berkhasiat mengikut piramid makanan. Nasi, sayur dan lauk. Selain itu, saya makan 3 biji kurma, 2 gelas air bertapis, 300ml air suam yang dicampurkan dengan Mighty 3 Gems (ESP, Meal Shakes & Performance Drink) dan jika ada lebihan juadah berbuka saya akan makan juga. Ikut kesempatan waktu. Saya selalunya bersahur jam 5 pagi sehingga masuk waktu Subuh. 

5. Minum air bertapis - Sepanjang malam tu saya minum air sedikit sedikit. Saya memang sentiasa standby air dalam bilik. Setiap kali menyusu saya akan minum air. Saya pastikan saya minum 3 liter air sepanjang waktu berbuka sehingga waktu sahur.

6. Kurangkan aktiviti berat - Jika boleh saya elakkan melakukan kerja berat. Bagi saya kerja berat tu seperti menyapu, vacuum dan mop rumah. Hahaha. Ia buat saya mengah betul. Jika terpaksa buat, saya akan melakukannya pada awal pagi ketika masih sangat bertenaga. Kerja rumah yang lain in shaa Allah masih boleh dilakukan seperti basuh baju, menyidai, melipat, memasak juadah berbuka dan juga menguruskan anak-anak sekolah.

7.  Banyakkan baca al-quran - 1 Ramadhan hari tu saya dan baby Sofea ke surau di taman perumahan untuk bertadarus bersama qariah taman ini. Ambil berkat bulan Ramadhan. Seronok Sofea. Suasana rumah Allah sangat menenangkan. 

Ini cara saya. Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu di luar sana. 

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit    






Reading Time:

Monday, June 15, 2015

Kenapa Saya Mengambil ESP Shaklee Tanpa Jemu
10:00 AM0 Comments
Bila orang tanya saya vitamin apa yang paling basic yang perlu ambil, saya sukaaaa sangat bagi tahu ambillah ESP dulu. Kenapa kenapa ye??

Penting ke ESP ni? Ya, bagi saya memang penting. ESP tu apa? ESP  ni sebenarnya adalah protein. Sel badan manusia terbentuk dari protein. Memanglah kita ada sumber protein dari makanan harian kita seperti ikan, ayam, tauhu, air soya, tempe, telur, daging etc etc namun sejauh mana kita boleh menjamin bahawa sumber protein ini benar-benar diserap oleh badan untuk pembentukan sel baru yang sihat.

Sekarang ni dalam media sosial banyak sungguh pendedahan tentang makanan semulajadi seperti ayam yang sudah dicemari dengan pelbagai bahan kimia melalui suntikan. Tambahan pula sumber protein itu digoreng dengan suhu yang tinggi. Entah-entah protein yang tinggal tidak memenuhi keperluan pembentukan sel dalam tubuh. Suhu yang terlalu panas boleh membunuh dan merosakkan sel. Fikirkan balik cara kita masak protein kita tu.


Sumber Protein


Pengambilan ESP yang konsisten membantu memastikan sel mendapat protein yang sempurna dan membantu melahirkan sel yang sihat. Apabila sel sihat, maka penyerapan vitamin dan galian adalah lebih optimum.

Seorang kawan saya, pengamal ESP tegar. Tujuannya sebagai milkbooster. Saya dapati kulitnya cantik, tiada lagi tompok-tompok hitam bekas jerawat lama, anaknya yang menyusu dah kurang dapat jangkitan selsema, hubungan suami isteri semakin baik dan yang paling seronok, anaknya mudah kenyang dan tidur lena di malam hari.

Setiap pagi saya bersarapan dengan biskut kraker tinggi fiber bercicahkan air milo yang saya campurkan dengan ESP dan oat. Makan begini setiap hari walaupun nampak ringan tapi ianya mengenyangkan. Saya hanya bersarapan berat pada hujung minggu ketika suami dan anak-anak bersarapan bersama.

Apa beza protein Shaklee dengan protein yang melambak di pasaran. Apa yang boleh saya katakan, ESP Shaklee mengandungi 9 asid amino yang tidak boleh dibuat oleh badan yang diperlukan oleh tubuh. Ianya adalah protien yang lengkap. Tidak menggunakan alkohol untuk proses pembersihan soya. Ia diproses dengan suhu yang sangat terjaga demi memastikan semua asid amino tidak rosak. ESP Shaklee ada protein terbaik di pasaran!

Tak percaya? Cuba dulu baru tahu, tapi ingat ye, vitamin ni bukan magik! Perlu amalkan secara konsisten. Doa dan tawakkal!

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit   

Reading Time: