CIK MIL MILA : ceritaku
Showing posts with label ceritaku. Show all posts
Showing posts with label ceritaku. Show all posts

Saturday, May 18, 2019

Disiplin
11:11 AM0 Comments
Mencabar betul untuk mendisiplinkan anak. Terus terang sejak kecil, aku dibesarkan dalam sederhana. Arwah abah merupakan seorang peneroka felda, arwah emak pula seorang suri rumah. Bersekolah rendah di sekolah felda, meneruskan pengajian menengah felda. Lepas dapat keputusan PMR , sambung belajar di Sek Teknik JB. Bermatrikulasi di Wangsa Maju. Berdegree di UPM, Serdang.

Arwah abah seorang yang sangat garang (menurut abang-abang dan kakak). Tapi aku tak rasa abah tu garang sangat. Mungkin sebab aku anak perempuan. Anak yang ke-enam. Arwah abah pulak dah berusia waktu tu. Dah kurang sikit garangnya. Aku anak manja. Aku darjah satu, baru dapat adik. Mana tak manja kan.

Cakap pasal disiplin, arwah emak lebih garang pada aku. Sakit dicubit masih terasa sampai skang. Dulu aku memang nakal. Suka bermain dengan budak lelaki. Kawan perempuan pon ada..arghh…masih ingat kenangan silam. Arwah emak memang kuat berleter. Abang aku kata macam Radio Era..jahat kan dia??tapi bila dia dah tak ada, rasa rindu sangat dengar dia berleter..mak mak…rindu kat emak. Rasanya aku banyak mewarisi attitude mak.

Ni nak cita apa ni? Back to cara disiplin anak. Rasanya ni phase kami yang mencabar. Bila anak dah berumur 3 & 4 tahun. Mereka dah faham keadaan sekeliling. Rasa apa yang mereka buat tu semuanya betul. Kurang sabar. Mahu kita ikut cakap mereka saja. Kuat merajuk. Itu yang kami lalui sekarang. Tak pernah rasanya ajar mereka merajuk. Mesti kawan-kawan kat sekolah kan? Pandai aku menuduh. Tapi aku rasa memang betul la tuh.

Lepas tu tak sabar. Kalau nak apa-apa, time tu jugak kena buatkan untuk dia. Aku macam tu ke dulu?? Hu hu. Mungkin kot.

Paling aku salute anak-anak dara aku ni, bila time nk gi shopping. Tak kira la kat kedai runcit ker, shopping mall ker. Memang baik. Tapi kena warn in advance. Jangan mintak apa-apa. Kalau mama papa beli baru amik. Kene bagitau siap-siap. Sebarang rayuan tidak dilayan. Kejam memang kejam…




Reading Time:

Wednesday, April 24, 2019

Kembali Bekerja
11:42 AM0 Comments
Iya, saya dah kembali bekerja sejak pertengahan Februari tahun ini. Tahun lepas pun saya bekerja juga tetapi sebagai guru. Saya berhenti pada akhir bulan November, setelah selesai sesi persekolahan 2018.

Kenapa berhenti sebagai guru? Saya berhenti untuk menguruskan anak-anak saya. Tahun ini kedua-dua anak saya ada peperiksaan penting. Nurin akan menghadapi peperiksaan UPSR dan PSRA. Alya pula akan menhadapi peperiksaan UPKK. Sofea pula baru 4 tahun. Tiada peperiksaan untuknya.  Atas inisiatif sekolah, guru-guru akan mengadakan kelas tambahan untuk tahun enam setiap hari selepas waktu persekolahan mulai jam 1.45 petang hingga 3.45 petang dan kemudiannya perlu ke sekolah agama sehingga jam 6.10 petang. Tiada perubahan jadual untuk Alya.

Setelah dirisik-risik, kami dapati tiada transport yang boleh menghantar Nurin dari sekolah kebangsaan terus ke sekolah agama selepas kelas tambahan. Oleh kerana itu, suami kata saya perlu berhenti kerja untuk menguruskan persekolahan anak-anak. 

Bulan Disember, saya sudah berhenti dan seperti tahun sebelum-sebelumnya kami sekeluarga akan balik kampung selama 2 minggu untuk menempah baju sekolah (tailor made by my sister in law) dan  berehat bersama adik-beradik dan saudara di Kota Tinggi, Johor.

Sudah tertulis dalam takdir saya, kawan kepada adik ipar saya mempelawa saya menghantar resume kepada syarikat dia bekerja. Akauntan syarikat tu sudah berhenti tanpa notis! Kemungkinan akauntan diperlukan segera untuk mengisi kekosongan itu. Saya pula belum bersedia untuk kembali bekerja kerana perlu hantar anak pergi balik sekolah. Masa dia text saya tu 29hb November, 2018. Baru je berhenti kerja. Memandangkan saya masih di Johor, saya tidak boleh menghadiri temuduga sekiranya perlu. 

Perbualan WhatsApp


Dia memujuk saya untuk mencuba nasib. Saya pun update resume saya dan email kepada boss dia. Bulan November, masuk bulan Disember, dah hujung Disember barulah dapat offer interview. Interview nya pulak Bulan Januari. Lepas interview, tak ada apa-apa berita lagi. 14hb Januari barulah dapat call, yang saya dapat kerja. Syukur Alhamdulillah. Masuk kerja lepas raya cina 13hb Februari. Lama juga prosesnya kan? Ada la juga masa nak uruskan pengangkutan anak-anak. Nak masukkan Sofea ke tadika dan daycare yang baru dan macam-macam urusan lain. Allah Maha Mendengar. Semua urusan saya dipermudahkan A-Z. Terima kasih kepada yang membantu baik secara langsung ataupun tidak. Tak sangka sangat laluan ini dipermudahkan. 

Mula-mula agak sukar mencari pengangkutan untuk anak-anak saya. Kebanyakannya sudah penuh maklumlah saya tak mulakan dari awal tahun. Dengan izin Allah, tiba-tiba je ada pengangkutan untuk anak-anak saya. Kebetulan ada beberapa  murid yang pindah sekolah berasrama jadi adalah slot untuk anak-anak saya. 

Sofea pula sangat serasi di sekolah baru. Mula-mula menangis juga, sebab belum biasa. Lama-lama seronok. Siap pesan kat mama jangan ambil awal, tak puas main. Aduhaii anakanda yang manja ni, sudah pandai berkawan.

Semuanya berlaku dengan izin Allah. Sungguhpun saya tak merancang untuk kembali bekerja, namun saya bersyukur dengan peluang ini. Doakan perjalanan karier dan urusan rumahtangga dipermudahkan. Allahumma Aamiin


Reading Time:

Sunday, October 1, 2017

Set Berpantang - Jamu vs Vitamin
6:48 AM0 Comments
Bersalin dan berpantang memang sinonim dengan jamu. Masa mengandung sudah sibuk mencari jamu untuk dimakan dan disapu ketika berpantang nanti. Begitu jugalah dengan saya. Untuk anak yang pertama, suami yang sibuk 'survey' set bersalin untuk kegunaan isterinya. Set berpantang lengkap dengan bengkung tradisional.

Seingat saya, saya tidaklah teruja sangat dengan set berpantang ini. Maklumlah saya pernah ada pengalaman pahit dengan jamu tradisional ni. Masa tu saya makan jamu dan teh yang kononnya berkesan untuk kurus. Apa yang berlaku saya mengalami cirit birit yang teruk. Tak cukup dengan itu saya mengalami pendarahan ketika membuang air besar (read: berak berdarah) walaupun sudah minum air dengan banyaknya.

Alkisah, saya bersalin secara pembedahan. Anak pertama saya mengalami distres. Ketika air ketuban dipecahkan, air ketuban tidak berwarna jernih sepenuhnya. Ada sedikit cairan coklat. Doktor kata bayi sudah berak dalam perut. Bukaan rahim cuma 3cm ketika itu. Padahal sakit bukan kepalang. Doktor putuskan untuk menunggu sehingga 12 jam sahaja. Jika bukaan masih kurang dari 10 cm pembedahan akan dijalankan. Bayi harus dikeluarkan segera untuk mengelakkan risiko terbelit tali pusat dan lemas. 

Dipendekkan cerita, saya terbaring di katil hospital selama 5 hari. Saya mengalami kembung perut atau 'bloating'. Saya tidak kentut dan perut tidak menyusut. Sakit pembedahan tidak terperi. Ditambah dengan kembung yang tak dapat nak digambarkan ketidakselesaannya. Jururawat pula cuba pelbagai cara. Bagi saya minum ubat, masukkan tiub melalui hidung dan juga sedikit urutan. Saya juga demam di malam hari. Allah... perhatian rapi diberikan kepada saya. Bayi juga mengalami kuning dan diletakkan di bawah 'phototherapy'. Untuk rujukan tentang Neonatal Jaundice ni saya galakkan anda semua baca artikel yang ditulis oleh Dr Azwan. Klik sini Neonatal Jaundice

Jamu tidak dapat dimakan dan selepas discaj juga sama kerana bayi ada kuning. Hanya pilis disapukan pada dahi. Bengkung apatah lagi saya tak berani kerana luka pembedahan masih baru. Fobia dibuatnya. Walaupun begitu luka pembedahan pulih dengan sempurna. Emak dan kakak ipar jaga saya sebaiknya. Suami pastikan saya makan pati haruan dan buah oren. Makanan pantang juga disediakan oleh emak. Alhamdulillah.

Kita merancang, Allah yang menentukan. Selepas berpantang saya mula bekerja di tempat baru. Suasana baru yang lebih tenang dan seronok. Mood baru. Sekali lagi saya disahkan mengandung. Hanya sempat datang bulan sekali sahaja selepas berpantang. Ketika itu anak pertama berusia 3 bulan. Oleh kerana set bersalin ketika anak pertama tidak digunakan sepenuhnya, saya tidak membeli set yang baru. Suami kata membazir kalau beli. Sedangkan masih elok dan tarikh luput masih lambat lagi.

Terkejut tapi tak dapat menolak ketentuan Illahi. Salah kami juga. Perjalanan mengandung dipermudahkan. Suami banyak menguruskan hal rumahtangga dan anak. Walaupun mengandung tapi masih kuat dan tidaklah mengalami masalah yang serius. 

Memandangkan jarak mengandung yang sangat rapat, bukaan rahim yang sangat perlahan dan kesakitan yang tak tertanggung untuk kelahiran kedua, saya bersalin secara pembedahan juga. Anak kedua mengalami prolong jaundis. Sehingga dua bulan lamanya. Jadi, set bersalin berupa jamu itu sudah tentu tidak dapat dimakan.

Setelah menyertai keluarga Shaklee, saya sudah set dalam minda untuk berpantang dengan vitamin Shaklee sekiranya saya ditakdiran mengandung lagi. Ia berdasarkan maklum balas yang sangat positif dari customer dan rakan-rakan bisnes yang sudah menggunakannya. Sejak mengandung saya sudah makan Set Hamil Shaklee dan alhamdulillah sangat berpuas hati dengan hasilnya. 

Oleh kerana Set Hamil Shaklee dan Set Berpantang Shaklee tiada banyak bezanya ianya betul-betul memudahkan saya. Hanya perlu ditambah dengan beberapa jenis vitamin sahaja. Cerita saya berpantang banyak diceritakan di SINI

Saya tak katalah berpantang dengan jamu tu tak bagus. Ianya terpulang kepada individu. Tak semua orang sama. Ada yang serasi, ada yang tidak. Jadi pilihlah ikut keserasian dan bajet masing-masing. No offence ya.


Gambar 03.04.2015

Gambar hiasan sebulan selepas kelahiran Sofea. Masih berpantang lagi masa ni. 




Reading Time:

Thursday, September 21, 2017

Siapa Kata Mudah Menyusukan Anak Selama Dua Tahun?
3:46 PM0 Comments
Menyusukan anak sehingga dua tahun merupakan perjuangan buat si ibu. Ia seolah-olah berjuang di medan perang. Perlu ada stamina, azam yang kuat, peralatan dan masa. Bersedia dengan apa juga cabaran dan situasi persekitaran. Perlu ada taktik dan teknik yang sesuai. Tak semua ibu berjuang dengan situasi yang sama. 

Perjuangan ini biasanya disusuli dengan air mata dan doa yang tidak pernah putus. Siapa kata mudah nak melengkapkan perjalanan selama dua tahun?

Syukur, saya berjaya melalui dua tahun itu dengan jayanya. Alhamdulillah. Bukan dua tahun sahaja malah lebih dari itu. Setakat ini, Nurin Sofea sudah menyusu selama 2 tahun 6 bulan. Ini ialah percubaan kali ketiga memandangkan dua orang anak terawal tidak berjaya sepenuhnya. Gagal sekali tak bermaksud gagal selama-lamanya. Jangan pernah putus asa. Yang penting usaha.

Jika ada antara kita yang gagal, jadikan ia panduan dan titik tolak untuk menyusukan anak yang seterusnya. Tutup buku lama buka buku baru. Kesilapan lalu jangan diulangi. Nasihat saya yang pernah melalui situasi ini, sematkan dalam minda, sebut hari-hari, yang kita mampu menyusukan sehingga anak dua tahun. Bila kita sebut selalu, itu merupakan doa. Secara tidak langsung ia membuatkan kita nekad dan tidak mudah putus asa. Percayalah!

Walapun begitu, sekuat mana kita berusaha sesungguhnya rezeki menyusukan anak ini rezeki tak ternilai dari Allah.Dialah Maha Pemberi Rezeki. Bersyukur setiap titik susu yang keluar semoga ianya bertambah banyak lagi. Kita hanya berusaha, Dia yang Maha Memberi. Marilah kita beramal seperti mana suruhanNya dan meninggalkan larangannya. 

Inilah anak bertuah tu. 


breasfeeding, my breastfeeding journey, menyusu bayi,
Anak Bertuah-Nurin Sofea

Bagi saya, yang penting niat kerana Allah. In shaa Allah, perjalanan penyusuan dimudahkan. Jika anda perlukan tips penyusuan dan perlu sokongan atau mungkin nak borak-borak tentang penyusuan boleh PM saya. Normila 019  2250752. 
Reading Time:

Thursday, September 14, 2017

Pilu - Tragedi Kebakaran Pusat Darul Quran Ittifaqiah, KUALA LUMPUR.
4:16 PM0 Comments
Bila dah lama tak update blog rasa kejang jari nak menaip. Penyakit berat ni kalau malas nak menaip. Tak ada ubatnya. Biasalah kan, bila dah lama tak buat perkara yang kita biasa buat, memanglah lambat sikit.

Sudah-sudahlah kan saya berehat. Sudah tiba masanya saya masuk gear dan pecut.

Hari ini pun kebetulan laptop saya sudah ter-on. Anakanda sulung sedang buat sedikit ulangkaji dan dia lupanak shutdown. Lepas menyusukan baby besar ni (read: 2 tahun 6 bulan) terrr rajin pula nak update blog. 

Topik apa hari ini? Pastilah berita meruntun hati tentang kebakaran di sekolah tahfiz. Scroll FB pun rasa tak sanggup. Sedih dengan berita mengejut ini. Didoakan keluarga mangsa redha dan tabah dengan kehilangan anak-anak syurga mereka. Jasad mereka rentung tapi pastinya roh yang menemui Allah itu sangat wangi dan suci. 

"Semoga Allah memberikan pahala besar untukmu, menguatkan ketabahanmu, mengampuni orang yang meninggalkanmu"

Innalillahiwainnailaihirojiun. 

Kita dengan ajal ini terlalu dekat. Baik muda atau tua. Persiapkan diri . Semoga Allah mengambil nyawa kita dalam keadaan Allah dan semua orang redha dengan kita. Aamiin.

Reading Time: