CIK MIL MILA : Meal Shakes - French Vanilla
Showing posts with label Meal Shakes - French Vanilla. Show all posts
Showing posts with label Meal Shakes - French Vanilla. Show all posts

Wednesday, June 8, 2016

Makanan Berkhasiat Sepanjang Ramadhan untuk Anak-anak
11:41 PM0 Comments



Makanan Berkhasiat Sepanjang Ramadhan untuk Anak-anak

Anak-anak yang berpuasa perlukan makanan seimbang dan nutrisi yang cukup. Supaya mereka kekal sihat dan masih bertenaga walaupun berpuasa. Bila berpuasa, mereka teringin pelbagai makanan yang menyelerakan tapi biasanya kurang berkhasiat. Sebagai ibu, kita bertanggungjawab untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat untuk mereka.

Apa kata berikan mereka multivitamin yang mudah diminum, sedap dan berkhasiat. 

sahur berkhasiat, shaklee puchong, shaklee amanputra, shaklee Putra Perdana, shaklee cyberjaya,
Makanan Berkhasiat Sepanjang Ramadhan untuk Anak-anak


‪#‎MealShakesShaklee‬


》Setiap hidangan yg dicampur dgn susu rendah lemak mengandungi 240 kalori tenaga.
---Membekalkan tenaga untuk memulakan hari si manja


》Sumber protein yang kaya dengan 9 asid amino penting.
---Menyokong tumbesaran yang sihat


》Sumber terbaik kalsium dan serat pemakanan
---Membantu mengekalkan kesihatan tubuh dan sistem pencernaan.


》Membekalkan 19 vitamin dan mineral penting, termasuk vitamin A, Bs, C, D, E, zat besi, zink dan iodin.
---untuk tubuh kekal sihat dan kuat.


》Formula rendah lemak dan rendah indeks glisemik.
---untuk mengekalkan berat badan ideal


Inginkan si Manja membesar dengan sihat? Shaklee Meal Shakes adalah pilihan yang tepat.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

COD sekitar Cyberjaya, Puchong dan kawasan sekitarnya.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EKSKLUSIF dengan setiap pembelian ISTIMEWA untuk anda!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit  

Reading Time:

Sunday, June 21, 2015

Tips Penyusuan Ibu yang Berpuasa: Cara Saya
1:23 PM0 Comments
Yahooooo...

Alhamdulillah. Semua yang berlaku di dunia ini adalah ketetapan Allah. Syukur sebab Allah takdirkan saya mampu berpuasa sejak 1 Ramadhan sehingga ke hari ini dan menyusukan dalam bulan Ramadhan ini. Jujurnya, saya tak terasa terlalu penat, malah boleh memasak juadah berbuka dan menguruskan rumah tangga dengan baik in shaa Allah.



Apa tips saya? Semestinya saya bertanya sana sini. Saya tanya mereka yang berpengalaman dan saya cuba mengikut kesesuaian saya. Mereka memotivasikan saya. Sekiranya mereka boleh, saya pun boleh bukan?

1. Pasang niat dan berdoa- Saya berniat dengan tegar untuk menyusukan baby Sofea dalam puasa ini kerana mengikut syariat Allah. Berpuasa dan menyusukan kerana Allah. Selebihnya saya berdoa supaya usaha saya ini dipermudahkan sehabis mudah. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini dan baby Sofea. Yakinkan diri saya mampu berpuasa dan bf untuk memenuhi hak dia.

2. Menyusukan mengikut keperluan - Saya hanya menyusukan baby Sofea secara direct dan akan menyusukan on demand. Saya tidak menyekat langsung dan ianya seperti hari-hari lain juga. Patuhi betul-betul konsep demand dan supply. Baby Sofea tidur siang hari sekejap-sekejap sahaja. Paling lama sejam dua. Waktu itu saya gunakan untuk housechores ataupun berehat. Jadi saya tak punya masa untuk mengepam. Selain waktu itu saya memang bf baby Sofea. Dia sangat clingy dengan saya. Boleh bayangkan tak pada hari biasa saya sentiasa minum air ketika bf kerana rasa haus sebab sentiasa menyusukan. Bulan puasa ini sungguhpun tidak boleh minum air pada waktu siang, susu masih banyak dan melimpah ruah sehingga basah baju saya. Itulah nikmat bulan Ramadhan. Siapa kata susu kering bila kita berpuasa? Nikmat yang manakah yang hendak saya dustakan. Alhamdulillah.

3. Makan kurma - Ianya sangat berkhasiat dan merupakan makanan sunnah yang disukai nabi Muhammad SAW. Tentunya ia memberi tenaga dan rasa kenyang yang lebih lama. Yang memberi kenyang itu Allah, jadi wajarlah saya berdoa semoga dengan memakan kurma ini saya lebih bertenaga untuk menyusukan baby Sofea dan berpuasa. Saya makan kurma sekurang-kurangnya 6 biji sehari, kadang-kadang lebih. 3 biji ketika sahur, 3 biji ketika berbuka dan selebihnya pada waktu malam antara waktu menyusu.

4. Bersahur - Ini penting. Bersahur dengan makanan berkhasiat mengikut piramid makanan. Nasi, sayur dan lauk. Selain itu, saya makan 3 biji kurma, 2 gelas air bertapis, 300ml air suam yang dicampurkan dengan Mighty 3 Gems (ESP, Meal Shakes & Performance Drink) dan jika ada lebihan juadah berbuka saya akan makan juga. Ikut kesempatan waktu. Saya selalunya bersahur jam 5 pagi sehingga masuk waktu Subuh. 

5. Minum air bertapis - Sepanjang malam tu saya minum air sedikit sedikit. Saya memang sentiasa standby air dalam bilik. Setiap kali menyusu saya akan minum air. Saya pastikan saya minum 3 liter air sepanjang waktu berbuka sehingga waktu sahur.

6. Kurangkan aktiviti berat - Jika boleh saya elakkan melakukan kerja berat. Bagi saya kerja berat tu seperti menyapu, vacuum dan mop rumah. Hahaha. Ia buat saya mengah betul. Jika terpaksa buat, saya akan melakukannya pada awal pagi ketika masih sangat bertenaga. Kerja rumah yang lain in shaa Allah masih boleh dilakukan seperti basuh baju, menyidai, melipat, memasak juadah berbuka dan juga menguruskan anak-anak sekolah.

7.  Banyakkan baca al-quran - 1 Ramadhan hari tu saya dan baby Sofea ke surau di taman perumahan untuk bertadarus bersama qariah taman ini. Ambil berkat bulan Ramadhan. Seronok Sofea. Suasana rumah Allah sangat menenangkan. 

Ini cara saya. Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu di luar sana. 

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit    






Reading Time:

Tuesday, October 28, 2014

Meal Shakes: Anak-anak Suka Makan Sayur-sayuran
5:19 PM0 Comments
Menu tengahari tadi ialah Sambal Udang dan Sawi Putih Masak Lemak. Ini memang favourite anakanda saya Nurin dan Alya. Sejak setia dengan Mealshake dan ESP sebagai sarapan, Nurin sudah tidak ada masalah selera makan, malah dia mula berjinak-jinak dengan sayur-sayuran. Sayur kegemarannya lebih kepada sayuran berdaun hijau seperti bayam, kangkung dan sawi putih. Kalau bayam dia lebih suka bayam masak air, kangkung goreng belacan dan sawi putih masak lemak. Kalau diubah cara masak, kemungkinan dia makan sedikit sahaja. 

Walaupun begitu, saya bersyukur sebab dia boleh makan sayur. Sebenarnya banyak lagi sayur yang dia suka seperti petola, kobis, kacang panjang, cendawan dan kobis bunga. Ulaman yang saya perasan dia lebih kepada salad.  Alya pula lebih mengikut-ngikut selera kakaknya. Sejak akhir-akhir ini, Nurin sudah mencuba terung. Sedap katanya. Ada satu jenis sayur yang memang kami sekat pengambilannya! Petai!!!

Dia sangat suka petai. Saya di rumah jarang membeli dan memasak petai. Adakalanya suami beli juga, tapi menu saya untuk itu agak terhad. Mama mertua saya pula suka masak petai, dan bila kami ke sana ada menu itu, tentulah Nurin yang melompat riang! Dia sangat suka petai!



Mengapa saya kata sejak konsisten minum Mealshakes Nurin dan Alya sudah mula suka kepada sayur-sayuran? 

Kerana mereka sudah mendapat nutrisi yang lengkap daripada Mealshakes jadi mereka tidak mengalami masalah selera makan.  Ia diperbuat daripada bahan semulajadi, iaitu buah-buaha, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu). Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Mealshakes yang hebat ini jemput baca di bawah ini


Rasanya sangat lazat, tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula triuan. Ianya hanya mengandungi 120 kalori untuk setiap hidangan. Terpulang kepada anda untuk menikmatinya



Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com
*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Thursday, October 2, 2014

Kisah di Facebook: Kenapa Bagi Meal Shakes Pada Anak Kecil?
11:33 AM0 Comments

Tersenyum-senyum buka FB.  Sedih pun ada bila terbaca kisah duka. Lepas tu macam nak marah pula bila ramai yang fanatik mempertahankan idea dan pendapat masing-masing sampai tak boleh nak terima pendapat orang lain. Arh.. biarlah. Kenapa nak marah? Memang diri kita memang begitu kan? Be rational. Bersederhana dalam segala hal. Tak perlulah bertekak buang masa mempertahankan pendapat. Senyum pulak!

Mixed feeling.

Sebenarnya saya terbaca tentang ini. Saya copy & paste. Tak mau nak printscreen.

Napa yer bg mealshake pada anak2 kecil?

Setakat ini ada 95 comments.

Macam-macam komen yang saya baca. Ada yang tak setuju bagi anak-anak meal shakes. Ada yang kata hanya untuk orang dewasa. Tak terlarat nak baca. Ada yang kata mereka bagi anak mereka meal shakes sebab anak-anak picky eater dan sembelit. Saya pula?

Saya bagi anak-anak saya mealshakes sebab saya tak mampu nak sediakan makanan yang berkhasiat dan cukup nutrisinya untuk anak-anak saya. Melalui meal shakes saya boleh menampung kekurangan nutrisi anak-anak dalam makanan seharian mereka. Itu sahaja jawapan saya. 

Terus terang, walaupun tidak bekerja, saya kadangkala makan di luar juga. Bosan dengan hidangan masakan sendiri. Walaupun saya masak pada hari bekerja/hari bersekolah tetapi cara masakan saya membuatkan nutrisi makanan itu berkurang. Saya suka ayam goreng! Malah bahan masakan saya bukanlah organik dan segar sentiasa. Stok makanan basah saya, adalah untuk seminggu. Saya tak berupaya hendak ke pasar setiap hari. Bahan masakan organik agak pricey dan saya suka masakan yang bersambal, bersantan, berminyak etc etc. Nak ubah cara masak saya? 

Saya pernah cuba masak gaya sihat. Suami dan anak-anak tidak berselera seperti selalu. Sudahnya saya terpaksa makan sendiri dan terpaksa membuangnya. 

Jadi, saya nekad, masak seperti biasa, cuma saya kurangkan yang part yang kurang sihat itu sedikit demi sedikit. Contohnya, kurangkan minyak, tak guna langsung perasa kecuali garam (saya guna rock salt), gunakan bahan asli untuk perasa, buang lemak, hanya lean meat dan paling penting air bersih yang dirawat!

Anak saya, alhamdulillah tiada masalah selera makan, walaupun tanpa meal shakes. Meal shakes yang saya beli untuk mereka bukan untuk masalah picky eater ataupun sembelit. Saya bagi sebab saya nak pastikan mereka cukup nutrisi!

Apa ada dalam Meal Shakes
  • Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan untuk tumbesaran yang sihat
  • Merupakan sumber terbaik serat dan protein
  • Membekalkan kalsium harian yang diperlukan badan
  • Index glisemik rendah membuatkan glukosa dilepaskan secara perlahan-lahan dan teratur bagi kegunaan sel badan
Apakah isu yang menyebabkan ramai ibu-ibu tidak bersetuju untuk memberikan anak mereka Meal Shakes?

1. Kandungan Maltodexrin
2. Kandungan gula.
3. Tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 6 tahun

Untuk penjelasan yang lebih detail saya jemput anda semua baca blog Master Aimi Syairah . Klik di situ dan anda akan dapat penjelasan yang jelas.

Kenapa pertikaikan orang lain yang memberi anak-anak mereka supplement sedangkan banyak lagi makanan lain yang bahaya di luar sana yang memudaratkan? Seperti makanan segera/processed food pelbagai jenama; burger, nugget, junk food, gula-gula, air kotak malah susu formula sendiri sangat tinggi gulanya!

Tiada siapa yang perfect. Cuma bersederhanalah jika mahu memberi pendapat.

Klik link ini untuk mengetahui manfaat Meal Shakes kepada anak-anak anda.


Jangan lepaskan peluang promosi Meal Shakes Beli 3 percuma 1 bulan ini sambil menderma




Call/whatapps/sms: 019 2250752 
Email : normila.muhamad@gmail.com 
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad 
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop 
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time:

Wednesday, May 28, 2014

Kenapa lah Normila Asyik Kempen Meal Shakes ni?
1:11 PM0 Comments
Hellooooooo......promosi Meal Shakes bakal berakhir 3 hari lagi!! Wahai ibu bapa yang bijak bestari dan mengutamakan kesihatan anak-anak, ambil peluang berharga pada bulan ini. Bukan senang tau Shaklee nak bagi promosi semacam ini. Setahun sekali pun tak tentu.


Kenapa saya sibuk-sibuk nak ibu bapa semua memberikan anak-anak Meal Shakes? Apa faedah ibu bapa boleh dapat?

Nak tahu kena baca ni.

1. Anak-anak boleh menikmati hidangan lengkap yang kaya dengan asid amino dan nutrisinya mudah di serap oleh tubuh badan.

2. Anak anda berpeluang menikmati khasiat yang dihasilkan dari bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) & bahan2 lain.

Apakah Lactalbumin?

Ia merupakan bahan terbaik yang mengandungi organisma protein yang berkualiti dan mudah di serap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi sehingga ke orang dewasa.

Anak-anak saya


Oh...Meal Shakes supplement untuk kanak-kanak sahaja ker?

Sesiapa sahaja boleh mengambilnya, terutama seperti yang di bawah ini

1. Pelajar

2. Kanak-kanak

3. Ibu hamil terutama yang mabuk dan kurang selera makan. Ibu mendapat nutrisi penting sekaligus menambah selera makan

4. Ibu yang sedang berpantang dan menyusukan bayi

5. Atlet/ahli sukan

6. Vegetarian

7. Orang yang mudah di jangkiti penyakit disebabkan oleh imun badan yang rendah

8. Mereka yang terlalu sibuk bekerja dan kesempitan waktu untuk makan tepat pada waktu.

9. Mereka yang tidak boleh menelan pil


Perlu diingatkan Meal Shakes hanyalah supplement atau makanan tambahan. Jadi ia bukanlah bermakna anak-anak tidak boleh makan makanan lain. Meal Shakes sekadar menampung lompong kekurangan nutrisi dalam tubuh. Maklum lah sukar mendapatkan makanan berkhasiat masa kini.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: https://www.facebook.com/normila.muhamad
Like Fan Page: https://www.facebook.com/MamanurinsVitaminShop
Blog Urus Akaun Bisnes Kecil: www.normilamuhamad.blogspot.com

 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Reading Time: