July 2013 - CIK MIL MILA

Wednesday, July 31, 2013

Terapi Diri - Rabu 22 Ramadhan 1434
2:38 PM0 Comments
"Kecantikan bukan hanya pada krim muka, tapi krim jiwa. Perasan tak ada orang tak cantik, tapi bila tengok dia, tenang aje. Ada orang sangat cantik, tapi bila tengok dia, tak dapat ketenangan itu" - Prof Dr. Muhaya

Saya pula kata macam ni- Kan lagi best kalau kulit cantik, dan orang tengok kita pun tenang? Rahsianya, buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang dilarang.


Nak kulit cantik, jom consume set kecantikan Shaklee. Murah, Berkesan dan Selamat.



PM PM PM jom.

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan,
Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Reading Time:
Terima Kasih Sahabat
12:00 PM0 Comments
Terima kasih buat sahabat-sahabat yang menghubungi saya memberi kata-kata semangat di facebook, skype, whatapps dan face to face. Terima kasih yang tidak terhingga juga kerana titipkan doa buat saya. Hanya Allah yang boleh membalasnya. Terharu dengan ingatan anda semua.

Esok adalah harinya. Saya redha dengan result blood test tu. We planned, Allah is the best planner.
Reading Time:

Tuesday, July 30, 2013

Temujanji di Pusat Darah Negara
1:25 PM 6 Comments
Entry ni mungkin panjang sikit. Read at your own risk ye.

Ini merupakan appointment pertama saya di sini. Pusat Darah Negara. Saya sepatutnya ke sini hari Khamis 25 July, tapi Alhamdullilah meeting en suami ditangguhkan. Tanpa buang masa kami ke PDN hari Rabu juga. Sehari selepas saya mendapat panggilan.

Kami bertolak dari rumah pukul 9 lebih, selepas menghantar anak-anak ke sekolah. Sedihnya tak terkata. Kalau lah..

Saya memandu sepanjang perjalanan, sempat singgah di pejabat menghantar OsteMatrix kepada Husna. Business partner saya. Perjalanan agak lancar melalui Maju Expressway (MEX) kerana bukan waktu puncak. Seterusnya ke Jalan Tun Razak hingga ke Bulatan Pahang. Tiba dia PDN jantung berdegup kencang. Suami pesan jangan risau.

Kami menuju ke kaunter dan menceritakan tentang panggilan semalam dan situasi kami. Nurse di situ minta kad merah derma darah. Saya diberi nombor dan duduk. Ramai juga orang.

Cuma 4 orang yang menunggu di bilik perundingan. Ramai yang mungkin datang untuk menderma darah. Kebanyakan auntie auntie berketurunan cina. Kagum tengok mereka. Siap ada reporter dan jurugambar untuk surat khabar Nanyang Siang Pau. Tak sempat nak tumpang glamour sebab jiwa kacau. Haha.

Lama juga menunggu. En suami pun sudah terlelap-lelap. Boring menunggu lah tu. Kat mana-mana je dia boleh tidur kan? Dup dap dup dap. Kemudian nombor saya dipanggil. Tak berapa nak ingat exactly dialog communication tu, tapi yang pasti saya diberitahu darah saya berkuman, kuman apa masih tak pasti, yang pasti bukan kuman HIV. Berkemungkinan saya dijangkiti hepatitis A,B atau C. Semuanya tidak pasti , maka darah saya terpaksa diambil untuk saringan/ujian seterusnya.

Sebelum itu saya ‘disoal siasat’. Ala-ala interrogation. Saya dinasihati supaya memberikan maklumat yang benar dan betul sahaja. Sekiranya maklumat tidak benar saya boleh didakwa oleh pihak berkuasa. Gulp!

Takkan saya nak tipu kan?

Macam-macam soalan diajukan. Doktor menerangkan tentang kebiasaan bagaimana hepatitis boleh dijangkiti. Antaranya ialah seks bebas lebih dari satu pasangan, berjangkit semasa dalam kandungan ibu, blood transfusion, berkongsi jarum suntikan dan banyak lagi. Nak tau lebih lanjut sila lah google ye.

Dua perkara yang pasti, saya memang pernah dapat blood transfusion. Saya melahirkan dua-dua anak saya secara c-sect. Saya ingat saya mendapat darah dari hospital 1 beg. Juga berkenaan dengan mak saya. Mak saya meninggal due to liver complication. Mungkin ada kaitannya.

Tak kisah lah apa pun, saya redha dengan ketentuanNya. Saya tahu Allah ada perancangan yang terbaik untuk saya. Dia mahu saya sentiasa merintih dan dekat denganNya.

Sebenarnya saya malas nak fikir sebab semuanya masih belum pasti. Walau apa pun keputusannya saya redha!

Darah saya diambil. Next appointment will be on 1st August, 2013. Seminggu dari tarikh darah diambil. Saya keluar dari PDN sekitar jam 12 lebih. Yang bestnya lepas saya keluar dari bilik perundingan tu, saya tengok en suami saya saya tidur duduk elok je atas kerusi. Hahaha....Kesian dia diheret ke sini.

Pulang dari PDN, en suami drive pula. Saya minta dia bawa saya ke SOGO. Saya mahu shopping baju raya anak saya! Untuk saya, belum ada mood lagi.

Keputusan yang kurang tepat ke SOGO. Walaupun kami bernasib baik sampai awal sebelum orang ramai sampai, parking yang dekat dengan escalator, tapi baju-baju yang saya berkenan tiada pula. Next station AEON, AEON mana, mestilah yang dekat dengan rumah saya iaitu di Equine Park. Dekat ker? Rasanya AEON Puchong lagi dekat kot?

Alhamdulillah, pencarian baju anak-anak dipermudahkan. Taste anak-anak dara saya sudah bertukar. Mereka tak mahu baju pendek-pendek dan dedah-dedah. Alhamdulillah. Mahu yang panjang-panjang. Segan katanya sebab saya selalu bawa mereka ke masjid. Berbaloi-baloi shopping time orang kerja. Aman damai. Dengan RM300 saya dapat beli baaaanyak baju untuk dua orang anak dara ini. Saya tak mementingkan jenama, janji konsep menutup aurat tu ditepati. Kualiti yang baik. Brand kemudian cerita!

Sesudah itu kami singgah ke Pasar Borong Selangor pula, destinasi kegemaran en suami. Biasanya saya memang duduk kereta saja. En suami boleh spend dua jam dalam pasar borong ni. Menu yang suami nak masak hari ni, Oxtail Soup atau Sup Ekor Lembu. Ahhh tengah taip entry ni pun boleh terliur. Astagfirullah!

Memang betul, lama en suami shopping. Saya dah biasa. Nasib baik saya pandai bawa diri. Wink wink.

On the way balik, singgah dobi ambil baju, ambil anak-anak terus balik umah. Seharian on the road ni. Anak-anak pelik tengok kami berdua sekali. Selalu saya atau hubby yang amik. Eh kejap hubby kejap suami..ngeee

Itu lah sudahnya. Saya mohon pembaca semua doakan kesihatan saya. Doakan saya kuat untuk beribadat kepada Allah. Amin Ya Rabb. Untuk anda semua juga, semoga sentiasa mendapat kesihatan yang baik dan diredhai Allah.
Reading Time:
Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar Menurut Hadith-Hadith dan Apa Yang Berlaku pada Sahabat.
9:33 AM0 Comments
Berikut ini adalah tanda-tanda malam Lailatul qadar menurut hadith-hadith dan apa yang berlaku pada sahabat.

1 - Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lain.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (Surah AlQadr)

2 - Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)

Sebagaimana sebuah hadits, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam: “Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)” (Hadith Riwayat at-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

3 - Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya

Dari Ubay bin Ka’ab r.a, bahawasanya Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda: “Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar..” (Hadith Riwayat Muslim)

4 - Bulan nampak separuh bulatan

Abu Hurairah r.a pernah bertutur: Kami pernah berdiskusi tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Siapakah dari kalian yang masih ingat apabila bulan muncul, yang berukuran separuh dulang.” (Hadith Riwayat Muslim)

5 - Udara dan suasana pagi yang tenang

Ibnu Abbas r.a berkata: Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda: “Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadith hassan)

6. Kadang-kadang terbawa dalam mimpi

Seperti yang kadang-kadang dialami oleh sebahagian sahabat Nabi radhiallahu ’anhum.

Syeikh Yusuf Khattar Muhammad menyatakan hikmah tidak ditentukan Lailatul Qadar secara jelas adalah supaya kita sentiasa melakukan ibadah kepada Allah pada setiap malam dalam bulan Ramadhan khususnya pada 10 malam yang terakhir.

“Carilah malam lailatul qadar pada sepuluh hari yang terakhir. Namun jika salah seorang dari kamu tidak mampu, maka jangan sampai terlepas pada hari ketujuh yang terakhir.” (Hadith Riwayat Muslim)

Aisyah r.a mengatakan : " Rasulullah ShallAllahu 'alaihi wa sallam beri'tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang ertinya: "Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan" " (Hadith Riwayat Bukhari 4/225 dan Muslim 1169).

Wallahualam….
Reading Time:

Monday, July 29, 2013

Rambut Lebih Sihat dengan ProSante
5:30 PM0 Comments
Hari tu saya berjanji nak share tentang produk penjagaan rambut meletup Shaklee, iaitu ProSante. Jom kita review satu-satu.

Revitalizing Shampoo

  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut. 
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten 
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.


Purifying Shampoo


  • Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  • Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  • Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.


Lightweight Conditioner
 

  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus


Long Lasting Finishing Spray

  • "Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah
  • Memberikan perlindungan UV
  • Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.


Nourishing Scalp Treatment



  • Produk yang paling penting dalam Sistem Penjagaan Rambut ProSanté ialah Nourishing Scalp Treatment yang
  • mengandungi tahap Scalp Health Complex eksklusif kami yang paling tinggi.
  • Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  • Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak 
Perbezaan Shaklee
ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.


Replenishing Conditioner


  • Pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  • Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi

Saya berani menyarankan anda semua supaya bertukar kepada ProSante. Saya dah rasa best, sebab tu saya berani cakap. Good things need to be shared.

Hubungi saya jika mahukan rambut yang sihat, kuat dan bersinar.

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan,
Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com
Reading Time:
  Menulis untuk Berdakwah
11:54 AM0 Comments
“Jgn takut kalau tulisan kamu untuk dinilai oleh manusia , tapi takutlah kamu menyebarkan kebatilan di tengah khalayak ramai”

Saudara Fauzi A’zim, Indonesia

“Sekarang ini kita takut, bila menulis, tulisan kita dinilai jika tulisan jika kita tak sedap , tulisan kita tidak sempurna. Itu tak sepatutnya ditakuti. Apa yang kita perlu takuti ialah apakah tulisan kita suatu kebatilan, suatu fitnah ataupun suatu yang buruk. Itu sahaja.

Kalau kita kata yang baik, tetapi belum sempurna lagi In Shaa Allah kita akan sempurna. Tapi kita takut nanti kita boleh menulis dengan bahasa yg baik, ayat yg baik, ritma yang cantik tapi isinya kebatilan.

Jangan tunggu kesempurnaan. Kebaikan perlu dimulakan berkali kali. Lebih daripada sekali. Jangan terperangkap dalam perangkap perfectionist. Nanti kita tidak akan bertolak langsung. Jangan balik sebelum bertolak “ 
Ustaz Pahrol Mohd Juoi_11 Ogos_2011_Ciri Orang Yang Cemerlang_Mukmin Professional IKIM FM


Reading Time:
Kurus dengan Herb Lax, Lecithin dan Alfalfa
6:30 AM0 Comments
Nak baca testimoni best tak?

Jom jom!

"Salam sy nak share sesuatu mengenai lecithin,alfalfa serta herb -lax. Dahulunya sy Mmg mengalami mslh sembelit dan kadang -kadang keluar drh ketika buang air besar. Walaupun sy minum byk air,mkn buah tp x jalan jgk. Kpala jadi pening,dah 3hari bru dpt ke tandas.namun setelah sy mencuba lecithin Dan alfalfa, sy dpt buang air setiap Hari. Skang ni plk mkn herb -lax. Makin lawas jdnye walaupun ketika puasa ni. Berat pun nkin kurang. Best Sgt shaklee ni! Thanks to nur hazwani nadiah kerana memperkenalkan shaklee kpd Sy"



COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan,
Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
.
Reading Time:

Sunday, July 28, 2013

Masalah Bau Badan?
2:30 PM0 Comments
Err.. maaf kalau isu ini sensitif.

Jangan risau siapa yang ada masalah ini. Boleh cuba Alfalfa. Jom kita baca perkongsian ini.


* testimoni yang saya dapat hari ini kenaln saya yang ada msalah bau bdan
setiap kali berpeluh walau pon sikit bau badan dia tidak menyenangkan
saya syorkan dia makan Alfalfa Complex dari Shaklee..
Alhamdllah xsmpai seminggu makan dgn cara yang disarankan...
hari ini dia perasan yang bdan dia dah xberbau walaupon berpeluh...
saya duduk sblah dia pon mmg xda bau yg sllu sy bau hanya tgal bau peloh yang biasa..
tiada lagi bau badan yang kuat..
dia sgt la happy sebab ayah dia penah kata xda cara lain kena mandi bunga ja ni...hihi..
xsgka dengan cepat dia berkesan.



Harga yang sangat berpatutan. 

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan,
Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Reading Time:
Saya Sudah Kurus?
12:00 PM0 Comments
Malu nak mengaku ni.

Hihi. Ramai juga yang menegur saya dah kurus sedikit. Sebulan sebelum puasa lagi mereka dah menegur. Kawan satu pejabat, adik beradik, cikgu sekolah anak saya dan kawan-kawan FB.

Kalau betul, Alhamdulillah. 

Bulan puasa memang saya kurang makan. Saya bersahur dengan segelas susu, mealshakes, esp, pd. 2 gelas air masak, dan kurma sebiji. Kalau ada makanan semalam, saya panaskan dan makan. Biasanya tiada, sebab kami banyak berbuka di masjid sahaja.

Saya juga berbuka ala kadar. Saya belum pernah ke bazaar ramadhan sejak mula bulan puasa. Suami ada juga la pergi.

Usai berbuka, saya exercise dan rehat minda dengan tarawikh. Subhanallah, badan jadi ringan dan cergas.Semoga Allah menerima amalan-amalan kita pada bulan yang barakah ini.


Reading Time:
Resepi Samosa
8:00 AM0 Comments
Ramai juga yang tanya resepi samosa versi saya. Jom saya kongsikan.

Bahan-bahan

Untuk Inti
3 biji kentang - potong dadu kecil-kecil  2cm (jenis russel untuk cepat empuk)
100gram daging ayam kisar (saya guna jenama Ramly)
200gram daging lembu kisar (yes, jenama Ramly)
satu biji bawang besar-dihiris separuh, separuh lagi diblender
4 ulas bawang putih-2 biji diketuk, 2 biji lagi di blender
satu sudu teh cili giling ( saya guna jenama Puteri)
sepeket rempah kari  dicampur dengan sedikit air (saya guna jenama Babas)
2 sudu rempah kurma (saya guna jenama Adabi)
Sebatang daun sup yang dihiris halus
sedikit serbuk lada hitam
Minyak untuk menumis
Garam dan gula perang secukup rasa

Kulit popiah
Sedikit tepung yang dibancuh air sebagai gam.

Cara-caranya

Bawang besar, bawang putih dan cili giling diblender. Panaskan minyak. Tumis bahan yang dihiris hingga berubah warna kemudian masukkan bahan yang diblender sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan rempah kurma. Bila pecah minyak, masukkan daging ayam dan daging lembu kisar hingga berubah warna. Biarkan 5 minit.

Sesudah itu masukkan kentang. Biarkan sehingga empuk. Kentang jenis russel cuma mengambil lebih kurang 10 minit. Perasakan dengan garam, gula perang dan serbuk lada hitam. Setelah kentang empuk dan menjadi kering, taburkan daun sup yang dihiris halus. Angkat dan biarkan sejuk.

Ambil kulit popiah. Jika terlalu besar, potong ikut saiz yang anda inginkan. Saya potong tiga kerana kulit yang saya beli agak besar. Isi inti atas kulit popiah dan lipat tiga segi. Gamkan supaya melekat.

Selamat mencuba ye kawan-kawan. Masak dari hati, jangan lupa mulakan dengan bismillah, selawat atas nabi dan zikir. Mesti masakan jadi sedap. In shaa Allah!
Reading Time:

Saturday, July 27, 2013

Asma Berkurang dengan Alfalfa?
12:24 PM0 Comments
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Seronok baca testimoni customer Shaklee ini.


Salam sy nak share testimoni emak sy sendiri yg mengalami athma(sempot) selepas mengamalkn alfalfa..kalau dulu hari2 mak kna makan ubat sempot tp kini sejak mengamalkn alfalfa mak da x perlu lgi mkn ubat sempot.kini mak lebih bertenaga.alhamdulillah...tq Azah Ezat coz perkenalkn shaklee..



Semoga ibu Adeq Diela tetap cergas dan sihat.

Nak beli alfalfa?

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan,
Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Reading Time:
"Rambut saya banyak gugur laaaaa"
11:10 AM0 Comments
"Rambut saya banyak gugur la"

Biasakan dengar dialog ini. Sebenarnya saya pun mengalami perkara yang sama. Paling ketara setelah melahirkan dua anak-anak bertuah ini. Bangun tidur berhelai-helai rambut di bantal tidur saya. Sedih dengan keadaan itu, saya elakkan berambut panjang. Saya sentiasa berambut pendek.  Sahabat-sahabat rapat dan keluarga sudah faham betul dengan saya.

Senang nak manage. Suami lebih rela saya berambut panjang, tapi dia tahu keadaan isteri dia makanya dia terpaksa akur.

Saya juga rimas bila rambut bersepah-sepah di lantai yang putih bersih. Melekat pula di permaidani. Apatah lagi dalam bilik air, hampir tersumbat dibuatnya. Kalau diikutkan, segenggam  rambut saya itu. Lama lama boleh jadi  botak.

Di awal pembabitan saya dengan Shaklee, saya mengambil wellness set, dan saya juga ambil set zinc utk kesuburan. Sikit demi sedikit saya dapati rambut saya masih juga gugur tetapi semakin berkurangan. Lama kelamaan makin kurang dan kurang. Tiada lagi rambut berguguran di bantal. Bila bersyampu, rambut yang dulunya lebih kurang segenggam, sekarang yang gugur sangat sedikit. Alhamdulillah.

Selama ini saya memakai syampu pelbagai jenama. Kesan yang sama. Tiada beza langsung. Kalau tak syampu, rambut kusut dan busuk. Rambut gugur jangan cerita lah. Haih.

Menyedari Shaklee sebagai syarikat yang sudah bertapak selama lebih 50 tahun dan telah mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN, saya pun berani untuk mencuba produk rambut ProSante.

Saya kaji dan mengkaji, akhirnya saya buat keputusan untuk mencuba ProSante dari Shaklee!

Lebih hebat dari yang saya jangkakan, seronok betul saya.

Saya lebih berani menyimpan rambut panjang sekarang. Lebih yakin di hadapan suami saya. Dia pun happy dengan penampilan baru yang meyakinkan..hehe...  

Sedikit tips dari saya untuk rambut yang sihat dan kuat

1. Elakkan sikat rambut ketika rambut basah
2. Pilih syampu yang betul, makan supplemen yang mengandungi zinc.
3. Pilih sikat yang betul
4. Urut kepala ketika bersyampu.

Tak dapat lah nak menempek gambar. Aurat.

Nak tahu pasal ProSante dari Shaklee? Tunggu entry seterusnya ya..

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan,
Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Reading Time:
Mulut Saya Bau Petai...Tolong laaaa...
8:04 AM0 Comments
Hahahahhaa.

Gelak dulu sebelum taip entry ni.

Tahu tak dialog siapa ni?

Dialog anakanda sulung saya. Nurin Hidayatullah.

Petang semalam atas permintaan en Suami, saya masak sambal udang petai. Disebabkan lewat siap, maka gambar udang , petai dan sambal itu terlupa hendak ambil.

Saya makan udang sahaja, sambalnya pula terlalu pedas. Suami beli cili giling instant yang saya tak biasa. Makanya ketidakbijakan saya mengagak cilinya membuatkan rasanya sangat pedas tahap-tak-boleh-blah.

Seperti biasa, tugas mengopek udang untuk sekeluarga disempurnakan dengan baik oleh en suami. 

Bukan itu yang saya hendak highlight, saya berkenaan petai itu. Saya sebenarnya kurang gemar petai, tapi saya akan makan ikut mood dan keadaan. Ada masanya saya makan, ada masanya saya tidak.

Yang pelik bin ajaibnya, anak dara saya (Nurin) makan petai!!

Bukan itu sahaja, dia boleh racun (pujuk) Alya makan sama. Katanya sedap. Ahhh sudah!

Alya pun cuba lah. Baru saja sekali gigit dia dah berlari ke dapur dan muntah sebelum sempat tiba di sinki. bertuahnya anak-anak!

Dialog "Mulut Saya Bau Petai...Tolong laaaa"  terpacul sebaik sahaja Nurin bangun tidur. Hahahha..

Baru tahu akibatnya makan petai. Penat mama dia bebel suruh mandi pagi ni dan gosok gigi pagi ni
Reading Time:
Panggilan Misteri dari Pusat Darah Negara
7:22 AM0 Comments
Ingat lagi tak, saya pernah menderma darah beberapa minggu lepas?

Selasa tengahari, 23hb Julai, 2013 saya mendapat panggilan dari Pusat Darah Negara (PDN)

"Puan Normila, puan ada menderma darah di MMU kan? Doktor hendak berjumpa puan"

"Kenapa ye?"

"Darah yang kami ambil ada masalah, doktor nak berbincang dengan puan. Puan sila datang ke Pusat Darah Negara hari Selasa/Rabu/Khamis. Pukul 8 - 12 tengahari"

"Masalah apa ye?"

"Maaf puan, maklumat adalah sulit. Puan perlu datang ke sini, nanti doktor akan terangkan"

Gulp! 

Saya tahu ini bukan panggilan biasa biasa kepada orang biasa biasa macam saya.

Berderau darah saya. Berdebar-debar. Kelu lidah tak terkata. Air mata sedikit gugur. Orang pertama yang saya hubungi adalah suami tercinta. Padanya saya ceritakan tentang panggilan dari PDN. En Suami tenang, tapi dia menasihatkan saya supaya bertenang dan meyakinkan saya tiada apa-apa buruk yang akan berlaku. Kebetulan dia ada meeting pada keesokkan harinya, maka hari yang sesuai adalah hari Khamis untuk membuat temujanji dengan doktor di PDN.

My brain stop working ! I googled about problematic blood transfusion immediately and I found this link.


Same feeling I had at that moment.

Ya Allah, aku redha dengan segala ketentuanMu.


Reading Time:

Friday, July 26, 2013

Ragam Anak-anak di Hari Nuzul Quran
7:20 PM0 Comments
Gigi depan Nurin dah dicabut. Agak-agak siapa yang cabut? Malam Rabu lepas semasa makan di Pizza Hut (read:makan bukan buka puasa sebab makan pukul 9:30pm) gigi depan dia berdarah dan bergoyang. Kalau ditarik memang boleh tercabut.




Saya paksa en Hubby cabut pada saat itu juga. Hahahahahaha.  Kejam. Nurin tak mahu. Habis serviettes atas meja untuk mengelap darah yang banyak. Akhirnya kami mengalah.
Esok petangnya masa mengambil si comel ni dari school gigi depan dia sudah pun tercabut.  Bila ditanya siapa yang cabut,  dia kata kawan sekelasnya!! Tarik nafas panjang saya dibuatnya.

Yang si kecil Alya Fatihah hari ni buat saya kagum. Dia boleh pakai baju saya dan solat.  Baju saya jadi jubah untuk dia. 



Ya Allah jadikanlah anak - anak ku antara orang - orang yang mengerjakan solat. Mereka lah saham akhirat kami.
Reading Time:

Wednesday, July 24, 2013

Projek Ahad Bersama Anak-Anak: Samosa
10:44 AM0 Comments
Pagi Ahad yang hening, saya sepatutnya men-COD vitamin kepada customer. Akibat kecuaian dari pihak saya, saya tak dapat menghantarnya walaupun saya sudah bersiap sedia untuk menghantarnya. Saya siap sejam lebih awal. Saya cuai untuk confirmkan date penghantaran. Padan muka saya.

Tak mengapa, tarikh penghantaran sudah di ubah ke minggu ini.

Yang menariknya, pagi ini saya meneruskan projek Ahad saya bersama anak-anak saya. Samosa. Anak-anak dara, maklumlah suka sangat tolong mama di dapur. Kalau mood saya ok, memang saya benarkan mereka bersama-sama menyediakan juadah. Kalau mood not–so-ok, mereka pun sudah faham.

Projek Ahad ini ialah membuat samosa. Intinya sudah siap sejak Sabtu petang lagi. Separuh saya sudah bawa ke rumah ibu mertua (tak sempat nak buat di rumah sendiri)

Lambat juga saya nak recall cara melipat popiah skin menjadi samosa skin. Ye la setahun sekali saya buat, itupun pada bulan Ramadhan. Saya terpaksa memotong popiah skin kepada 3 bahagian.

Ini inti yang sudah siap



Nurin sungguh-sungguh membantu saya. Boleh harap juga. Dia seorang yang teliti.




Alya pun sungguh-sungguh membantu, tapi half way je. Mudah bosan. Sudahnya dia bantu kami makan



Hasil kerja tangan Nurin. Kempis je intinya. Dia kata nanti comot dan tak cantik



Ni sebahagian hasil mama.




Abaikan background rumah saya yang semak tu ya. Yang tu hasil kerja tangan sekeluarga.

Reading Time:

Monday, July 22, 2013

Ingin Kekal Bertenaga di Bulan Puasa?
2:32 PM0 Comments
Sebahagian testimoni pengamal set Mighty 3 Gems

saya amik masa ganti puasa. Terbaik lah! Sahur minum ESP+ Performance Drink+Meal Shake satu hari puasa mmg tak penat dan tak lapar.. Biasa tgh hr dah lapar tp sngt tahan la bila amik set ni. Takde maslah langsung walaupun lama dh tak puasa kan. Memang bende yg wajib ada stok time bulan puasa” - Puan Nurul Aziyana

ESP banyak fungsi, utk kesuburan, kehamilan, nak cantikkan muka, tegang payudara, punggung, membanyakkan susu ibu, mengurangkan rasa lapar dll. cam saya ganti puasa amalkan ESP+Performance Drink, mmg kurangkan rasa lapar dan tak terasa penat sangat”-Puan Nurhida Hana-San

“ni dari pengalaman saya sendiri...saya ambil ESP pd.bulan ramadhan thn.lps..alhamdulillah..ms 2 sy still bf n membuat stok ebm utk baby..walaupun berpuasa susu sentiasa ada utk dibuat stok n bdn pun x letih sgt..yg seronoknya bdn saya makin kurus walaupun sy mkn byk time bersahur n berbuka..sblm ni x pernah plak berat turun walaupun dibln puasa..sy ambk esp waktu sahur n mlm sblm tidur..mmg best..dl ms pregnant berat saya 63kg..lps 2 dgn bantuan esp sy dpt trnkan berat sampai 45kg.ms bln puasa berat sy turun lg hgga 41kg..kurus sgt so sy ambk bcomplex n skrg 43kg..mmg puas hati ngan esp”-Puan Norinawati Zainudin


Apakah yang manfaat yang terkandung dalam Mighty 3 Gems ini?

Energizing Soy Protein.
  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
Meal Shakes
  • Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga
  • Sarapan segera yang berkhasiat
  • Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
  • Hidangan segera untuk para atlet
  • Kudapan menarik pada bila-bila masa
  • Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
Performance Drink

Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
  • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasukkalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan
  • Keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan,
Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
.






Reading Time:

Friday, July 19, 2013

Jerawat Sesat
12:56 PM 2 Comments
Sakit di kening saya sebab ada jerawat.


Rupanya petunjuk hendak 'cuti' berpuasa. Hari kejadian jam 7 hari Selasa. Ketika kami bersiap-siap hendak ke Masjid Besi.

Uwaa..hampanya.

Tak apa lah. Allah ada perancangan lebih baik.

Kebetulan en hubby masak ayam masak kicap untuk santapan sahur keesokan harinya berserta nasi. Pelik juga bila dia masak nasi.

Rupanya saya ditakdirkan untuk berehat. Maka untuk pertama kalinya kami berbuka puasa di rumah.
Reading Time:
Konsep Asas Penyusuan (baik dengan supplemen ataupun tidak)
12:12 PM0 Comments
Supply vs Demand

Semakin kerap bayi anda menyusu semakin banyak susu yang dihasilkan oleh payudara. 4 perkara penting perlu diamalkan dengan konsisten

1. Kerap menyusukan bayi (on demand) bagi ibu yang bekerjaya perlu mengepam dengan konsisten setiap 3 jam sehingga payudara benar-benar kosong

2. Pengambilan air kosong (yang dirawat) mencukupi setiap hari. Mesti lebih 3 liter setiap hari

3. Makan makanan yang seimbang. Tidak digalakkan mengamalkan diet yang keterlaluan

4. Keperluan rohani untuk ketenangan, membantu penyusuan lancer dengan berzikir dan berdoa kepada Allah.

Perlukan tips eksklusif?


Beli Set Penyusuan dengan saya, dan saya akan guide one to one.

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan,
Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Reading Time:
Benarkah Energizing Soy Protein (ESP) membantu membanyakkan susu ibu?
11:49 AM0 Comments
ESP mengandungi protein. Protein merupakan binaan asas sel dan tisu dalam tubuh kita. Gabungan sel akan membentuk tisu. Gabungan tisu membentuk organ seterusnya membentuk sistem.

Komposisi utama dalam susu ibu adalah protein diikuti oleh kalsium dan zat-zat lain.

Protein ini diperlukan untuk penghasilan sel dan membaiki tisu-tisu sel dalam badan dan sangat penting untuk tumbesaran bayi.

Ya! Memang benar pengambilan ESP yang betul, pada masa yang betul sangat membantu menghasilkan susu ibu dengan banyak dan cepat berbanding biasa. Ini kerana badan memenuhi keperluan protein yang diperlukan untuk menghasilkan susu ibu.
*Sumber: www.anakkuwiraku.com

Untuk hasil susu yang meriah dan lumayan, kami menyediakan set penyusuan untuk ibu-ibu. Bergantung kepada budget dan situasi ibu.

Boleh lihat di SINI

Ada juga yang berkata, untuk menghasilkan susu ibu yang mencukupi tidak perlu mengambil supplemen tambahan.

Ramai ibu-ibu yang berjaya menyusukan tanpa supplemen.

Perlukah pengambilan supplemen tambahan untuk susu ibu yang banyak?

Perlu dan sangat penting! Kesihatan ibu sangat membantu penghasilan susu ibu. Ibu yang sihat, mood yang stabil dan bersemangat secara langsung membuatkan ibu kuat semangat untuk menyusukan dan membuat perahan .

Ibu yang sakit dan tidak sihat akan mengganggu emosi ibu. Sekiranya ibu lemah, biasanya ibu memang tidak larat dan lemah-lemah anggota badan untuk menyusukan dan membuat sesi perahan.

Pengambilan supplemen lebih kepada kesihatan ibu secara khusus dan kualiti dan kuantiti susu ibu secara amnya.

Pengambilan vitamin bukan jalan pintas untuk membanyakkan susu ibu. Sekali lagi diingatkan vitamin diambil untuk memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan secara tidak langsung mampu merangsang penghasilan susu.

Berminat?

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan,
Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Reading Time:
 ESP is Out of Stock
11:22 AM0 Comments
Due to overwhelming demand, ESP is out of stock now. We will advise you once the stock is available.Sorry for any inconvenience caused.


Dugaan! Harap bersabar ye customer ku sayang.

Demand melampau-lampau bulan puasa ini. Mana taknya, minum ESP dan kurma sahaja ketika sahur boleh bertahan sehingga ke waktu berbuka.

Bukan sahaja kenyang lebih lama malah manfaat kesihatannya banyak.

Tak mengapalah. Tunggu sahaja stok ada nanti.

Reading Time:

Wednesday, July 17, 2013

Sistem NutriWhite™ Bertindak dengan Lima Cara
2:13 PM0 Comments
Anda hanya beberapa langkah daripada kulit wajah yang lebih cerah dan berseri dengan
NutriWhite™



Membersihkan – Gentle Action Makeup Remover, Gentle Deep Foaming Cleanser

Memperbaharui – Soothing Radiance Whitening Softener

Mencerahkan – Daily Defense Whitening Essence

Merawat – Spot Whitening Treatment

Mencegah – Ultimate Protection Whitening Lotion SPF15

Memulihkan – Overnite Renewal Whitening Cream
 



Mencerahkan, Menyihatkan dan Diperbaharui dengan Nutrien Alam Semulajadi


Dihasilkan oleh saintis dan pakar penjagaan kulit di Negara Jepun dan Amerika Syarikat. NutriWhite™ mengandungi 16 nutrien herba yang dipilih dengan teliti daripada 16 buah Negara. Eksklusif untuk Shaklee, kombinasi unik nutrient-nutrien ini, yang kini menanti paten, dinamakan WhiteN-16™. Selain itu, Vitamin C aktif dan pati likuoris turut ditambah ke dalam formulasi botani ini untuk membantu menambahkan kecerahan kulit serta mengurangkan tompok-tompok gelap dan menambahkan keserian wajah.

Dengan WhiteN-16™ ya ng menanti paten, setiap produk NutriWhite™ mengurangkan kegelapan kulit dengan LIMA cara yang berlainan. Jadi, apabila anda menggunakan system NutriWhite™ berdasarkan kombinasi produk-produknya, keberkesanan kecerian 5-cara ini giat bertambah. Sememangnya inovasi terbaru rawatan kulit, produk NutriWhite™ adalah tulen dan terbukti berkesan.

Produk-produk penjagaan kulit yang lain lazimnya tidak merawat kulit daripada pelbagai dimensi. Hanya NutriWhite™ mencerahkan, menyihatkan serta memanjakan kulit anda dengan kombinasi ekslusif nutrient WhiteN-16™.





Shaklee menerokai seluruh dunia untuk mencari nutrien herba yang palin tulen dan berkesan untuk menghasilkan NutriWhite™


WhiteN-16™ yang menanti paten adalah kombinasi 16 bahan-bahan botani yang sangat efektif


Berminat?

COD di kawasan berikut:- Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Serdang, Seri Kembangan,
Equine Park, Pasar Borong Selangor, Pulau Meranti, Highway MEX, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Klang Lama, Sg Besi, Kem Sg Besi, UPNM, BTS, The Mines dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Call/whatapps/sms: 019 2250752
Email : normila.muhamad@gmail.com
Add FB: Normila Muhamad
Like Fan Page: Mamanurins Vitamin Shop
Blog: www.mamanurins.blogspot.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Reading Time: